LAPANGAN TERBANG BARU: PERAK AKAN BINA? OLEH DR RAJA AHMAD - TopicsExpress



          

LAPANGAN TERBANG BARU: PERAK AKAN BINA? OLEH DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mempersoalkan pendirian Kerajaan Negeri Perak di dalam isu pembinaan lapangan terbang baru yang dilihat tiada perkembangan positif setelah melalui tiga (3) Menteri Besar Negeri Perak dan yang terkini iaitu Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir. Persoalan kami, adakah projek pembinaan lapangan terbang baru akan menjadi realiti dan dimanakah lokasinya? Rakyat Negeri Perak amat menantikan dimanakah sebenar lapangan terbang baru yang akan dibina oleh kerajaan negeri dan ianya akan merancakkan industri pelancongan di Perak khasnya nanti. Persoalan ini timbul kerana pada bulan Ogos 2007 yang lalu, mantan Menteri Besar, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali telah menjelaskan perancangan kerajaan negeri untuk membina lapangan terbang baru di Seri Iskandar dan telah memperuntukkan kira-kira 1,200 hektar tanah. Dan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu pula, mantan Menteri Besar selepas Tan Sri Tajol Rosli, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin pula telah menjelaskan bahawa rancangan pembinaan lapangan terbang yang baru dengan memperuntukan 1,000 ekar tanah terletak di Behrang berhampiran Bandar Proton di Tanjung Malim. Manakala pada bulan Januari 2011 yang lalu pula, Datuk Seri Zambry juga turut mengesahkan bahawa perancangan pembinaan lapangan terbang yang baru telah dikenal pasti di Utara Perak bagi merancakkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di sana. Rakyat Perak tertanya-tanya, dimanakah sebenarnya projek pembinaan lapangan terbang yang baru yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri? Jika Datuk Seri Zambry bersetuju bahawa projek pembinaan lapangan terbang yang baru diletakkan di Utara Perak, beliau secara tidak langsung telah mengubah keputusan awal Tan Sri Tajol Rosli dimana beliau juga adalah anggota Exco Kerajaan Negeri ketika itu!
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 08:31:49 +0000

Trending Topics



e="min-height:30px;">
Im not gonna lie, at times, 2014 was a real shit show. But as
tyle="min-height:30px;">
All Hail HE Senator Liyel Imoke, Re: Ntufam (Barr) Fidel Ugbo for
Band: Immortal Country: Norway Genre: Heavy Black Metal Song:

Recently Viewed Topics




© 2015