LAPORAN AUDIT LOJI RAWATAN KUMBAHAN KE ATAS PENCEMARAN DI - TopicsExpress



          

LAPORAN AUDIT LOJI RAWATAN KUMBAHAN KE ATAS PENCEMARAN DI LEMBANGAN SUNGAI LANGAT Lembangan Sungai Langat meliputi Negeri Selangor, Putrajaya serta sebahagian kecil Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Luas kawasan Lembangan Sungai Langat adalah 200 km panjang dan merupakan sumber air rawatan terpenting bagi penduduk Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah diarahkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci bagi kos baik pulih terhadap sistem kumbahan di premis-premis kerajaan di sepanjang Lembangan Sungai Langat. Tujuan siasatan dan kajian ini dilakukan adalah ekoran daripada penutupan Loji Rawatan Air SYABAS akibat berlakunya pencemaran ammonia di kawasan tadahan air di Sungai Langat oleh loji-loji rawatan kumbahan. Banyak aduan yang diterima oleh kementerian berhubung perkara terbabit dan selaras dengan rancangan Malaysia ke-10, satu butiran perlu diadakan untuk peruntukan kes-kes pencemaran yang memerlukan tindakan pemuliharaan segera terhadap loji-loji rawatan kumbahan. lelong.my/ceo-hot-item-5-stages-trendy-water-purification-filter-system-ps-05-peilingstore-131199202-2014-06-Sale-P.htm Loji-loji di permis kerajaan yang berhampiran dengan Sungai Langat akan dikenalpasti untuk diperbaiki manakala loji-loji bagi bangunan bukan kerajaan adalah di bawah tanggunjawab pihak SPAN dan IWK. Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Mekanikal & Elektrikal JPP telah ditugaskan untuk menjalankan tugasan ini. Dua kumpulan telah ditubuhkan bagi melakukan lawatan di premi-premis kerajaan sekitar Selangor manakala satu lagi kumpulan di Negeri Sembilan. Pasukan audit jabatan ini, telah pun menjalankan siasatan ke atas loji-loji di premis-premis kerajaan yang berhampiran dengan Sungai Langat iaitu jarak antara premis dengan sungai adalah lebih kurang ½ km. Pasukan audit jabatan telah pun melawati beberapa buah permis kerajaan antaranya: Berdasarkan pemerhatian ( visual inspection ) terdapat banyak premis-premis kerajaan yang mana loji atau sistem pembetungan perlu dibaik pulih dalam masa terdekat. Lawatan kali pertama, kedua-dua kumpulan telah melawati sebanyak 108 buah permis kerajaan untuk lawatan kali ke dua secara terperinci iaitu untuk anggaran kos baik pulih, hanya 97 buah permis kerajaan yang telah dilawati oleh para pegawai JPP. Diantara 97 buah permis kerajaan tersebut pelbagai jenis sistem kumbahan yang direkodkan antaranya 16 buah loji mekanikal, 9 buah ’network pumping station’, dan 72 buah yang terdiri daripada ’Communal Septic Tank’ dan ’Individual Septic Tank’. Hasil daripada lawatan dan mesyuarat yang telah diadakan, pihak jabatan telah memilih beberapa buah jenis loji yang terdiri daripada 4 buah loji EA, 5 buah loji FRP dan 72 buah yang terdiri daripada ’Communal Septic Tank’ dan ’Individual Septic Tank’ untuk dibaik pulih dengan anggaran kos sebanyak RM 3,232,307. Pemulihan loji-loji rawatan kumbahan di permis-permis kerajaan perlu diambil tindakan segera supaya kejadian penutupan Loji Rawatan Air SYABAS tidak berulang.
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 02:49:57 +0000

Trending Topics



ant Hose ## Black
Akpos and his best friend Eazy sat in the exam room to write

Recently Viewed Topics




© 2015