LAPORAN AUDIT: YBUDR TERLEPAS? Oleh Salman Saleh Koordinator - TopicsExpress



          

LAPORAN AUDIT: YBUDR TERLEPAS? Oleh Salman Saleh Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak curiga dengan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 yang dikeluarkan tidak pula menyertakan laporan berkaitan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan anak syarikatnya iaitu YBU Holdings Sendirian Berhad. Ini kerana bagi kami, YBUDR turut disuntik peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri Perak setiap kali perbentangan Bajet Tahunan Kerajaan Negeri sepertimana Khazanah Nasional Berhad yang menjadi pertikaian ketika ini. Seperti juga YBU Holdings yang telah dikurniakan tanah oleh kerajaan negeri dan ini amat mencurigakan kerana Laporan Audit tidak menyenaraikannya. Kami acap kali menyatakan kebimbangan kerana akan ada peruntukan kewangan dan kurniaan beberapa bidang tanah yang tidak dipantau oleh Laporan Audit. Adakah kerana jika Barisan Nasional (BN) tumbang nanti entiti YBUDR dan anak syarikatnya akan terlepas daripada penguasaan kerajaan negeri? Sudah tentu tujuan penubuhannya amat dicurigai dan sehingga kini rakyat Negeri Perak khasnya tidak tahu perjalanan kewangannya. Bayangkan YBU Holding sejak ditubuhkan telah mendapat tanah seluas 32,07 ekar (lot 6593) tanpa tender terbuka yang telah didedahkan dan apakah jaminan tanah-tanah lain yang berjaya disembunyikan tanpa didedahkan. Kesangsian terus dibiarkan oleh kepimpinan kerajaan negeri tanpa mengambil tanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat. Ini kerana ianya juga tidak pernah dibentangkan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama YBUDR ditubuhkan dan termasuk anak syarikatnya dan ini yang mencemaskan rakyat sebenarnya!
Posted on: Thu, 10 Oct 2013 10:14:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015