LARANGAN SERTA MERTA.. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar (JAS) - TopicsExpress



          

LARANGAN SERTA MERTA.. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan arahan melarang sebarang pembakaran terbuka di Selangor, Melaka dan Johor berkuat kuasa serta-merta. Ketua Pengarahnya Datuk Halimah Hassan dalam kenyataan medianya di sini, semalam berkata, larangan itu dikeluarkan selepas JAS mendapati tahap jerebu di tiga negeri berkenaan terus meningkat dan berada pada tahap tidak sihat. “Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian jerebu bertambah teruk. “Selain itu, orang ramai juga perlu memastikan tanah atau premis masing-masing tidak dicerobohi pihak lain yang tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencetuskan pembakaran. “Ini kerana sekiranya didapati bersalah orang ramai yang melakukan pembakaran terbuka ini boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. “Selain itu, kompaun sehingga RM2,000 juga boleh dikenakan ke atas setiap kesalahan yang dilakukan,” katanya. Bagaimanapun, katanya lagi, pembakaran terbuka yang dilarang JAS tidak meliputi pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku atau membabitkan gas mudah terbakar. “Saya juga meminta orang ramai di negara ini agar memberikan kerjasama terutamanya memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan segera kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta JAS sekiranya mengesan aktiviti pembakaran terbuka dilakukan,” katanya. Sementara itu, tujuh daerah di negara ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara tertinggi semalam dan berada dalam kategori tidak sihat. Berdasarkan laman web doe.gov.my, sehingga jam 5 petang semalam, tiga daerah di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu Muar (172), diikuti Pasir Gudang (168) dan Kota Tinggi (166). Bandaraya Melaka pula mencatatkan IPU sebanyak 161, Larkin Lama, Johor (152); Bukit Rambai, Melaka (118) dan Banting, Selangor (114). Sumber : metro ~mrs~
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 00:55:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015