LAST. KASI AKU REHAT JAP. HAMIK NI PANJANG. Inbox dari FANS. ( - TopicsExpress



          

LAST. KASI AKU REHAT JAP. HAMIK NI PANJANG. Inbox dari FANS. ( MNAR ) *....* Assalamualaikum admin dan fans WPT.. Saya minta maaf. Cerita ni tak seram sangat cuma setakat pengalaman sahaja. Saya nak cerita tentang pengalaman saya pada tahun lepas. Dalam bulan 6 gitu masa tingkatan 3. Saya berpeluang mengikuti Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Peringkat Negeri Johor. PKBM ni badan beruniform yang berkaitan Tentera. Sebelum pergi perkhemahan tu perlu ragging dulu kt Kem Mahkota lepastu baru dihantar ke Kem Batu 3, Batallion ke 5, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kluang. Masa di Kem Mahkota selama 4 hari takde berlaku apa-apa pon. Ianya terjadi di Kem Batu 3. Tempat perkhemahannya kat dalam hutan tapi tak dalam, macam atas bukit je. Saya masa tu dibawah jagaan unit Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). Ramai lagi yang unit terlibat. Hari pertama sampai hari ketiga biasa je. Memang takde ape-ape yang berlaku. Pertandingan kawad, merempuh halangan dan pandu arah berjalan seperti biasa. Sampai hari keempat kitaorang diminta untuk membuat persembahan pada malam akrab. Macam biasalah pada malam tu memang enjoy gila. Masa tu memang tengah popular lagu Jimmy Palikat : Anak Kampung. Bila dengar je lagu tu, semua pergi bahagian hadapan berjoget. DJ kat situ yang suruh. Memang best gila! Staff tentera yang lain tengok kan je. Tapi diorang pon enjoy juga. Dalam jam 11 persembahan malam akrab pon abis. Unit kami berkumpul buat barisan. Staff tu cakap jangan naik ke hutan dulu sebab takut berlaku perkara yang tak diingini. Staff yang lain tengah periksa kat atas. Dia suruh pergi surau dulu baca yassin. Surau kat kem tu besar tapi tak besar macam masjid. Kat dalam surau tu semua unit dah ada untuk baca yassin. Kitaorang bacalah yassin ramai-ramai dengan seorang ustaz yang ada kat kem tu. Masa tengah baca yassin tu mata saya tetibe rasa berat. Rasa macam nak tertutup je, suara saya plak tetiba macam tak nak keluar. Tapi saya buat tak tahu. Sebab saya pikir masatu yang saya ni Kadet PKBM. Mesti kena kuatkan semangat. Saya terus juga baca. Bila hampir habis baca tetibe dekat bahagian perempuan dalam surau tu dengar perempuan menjerit. Sah! malam ni kena kacau. Kami semua baca yassin berulang kali. Ustaz yang kat situ tak boleh buat pape. Mungkin dia takde ilmu nak mengubat kot. Dia mampu menjeling je tengok kat tempat perempuan tu. Ustaz nya pon masih muda lagi. Hensem lah juga. Dia unit bahagian agama kat kem tu (KAGAT). Makin lama makin kuat kitaorang baca dan makin ramai yang kena histeria. Pastu staff kiteorang datang panggil unit kami. Yang kena histeria tinggal disurau. Kami berkumpul kat luar, dan staff suruh balik ke hutan untuk tidur. Dalam perjalanan balik kawan saya yang paling berlakang ternampak macam seorang perempun kat atas pokok terus dia kena rasuk pastu menari kuda kepang. Kami kepung dia baca ayat suci terus dia pengsan. Pastu bawak dia ke surau. Kami balik ke hutan semula. Tempat tidur kami bukan khemah tapi base macam tentera guna untuk tidur kat hutan. Satu base staff suruh tidur 2 orang. Berhimpit lah kiteorang kat dalam base tu. Speaker memang dah standby kat hutan tu. Ayat suci Al-Quran memang berkumandang dengan kuat. Satu kawasan perkhemahan dengar. Tapi bila nak lelapkan mata je mesti dengar perempuan menjerit kena histeria. Saya takut saya je yang kena lepastu. Ayat suci memang tak lepas dari mulut. Kawan saya yang kat base pertama dia cerita yang dia nak amik baju yang tersidai pastu nampak benda putih yang sangat tinggi kat sebelah pokok terus tak ingat ape-ape lepastu. Tapi dia kena histeria tak meracau cuma dia terdiam lama terus jatuh kat atas base. Habis kayu base tu patah. Staff kami terus angkat dia turun dari bukit. Kami semua tercenggang. Kuat gila staff ni. Angkat budak gemuk 80kg seorang je. Sebab semakin ramai yang kena kat hutan tu kami diarahkan tidur di dorm tentera pada malam tu. Terpaksa recruit kat situ pindah tempat lain. Malam tu hujan lebat sampai ke pagi. Kami fikirkan sampai malam tu je. Malam esoknya kami baca yassin dan berlaku lagi histeria. Malam tu malam jumaat. Memang ramai betul yang kena, kira macam 70/100% lah.. Masa tengah baca tu ada sekumpulan budak lelaki tengah menuju ke surau, masuk je pintu besar surau tu terus seorang dari mereka kena histeria. Kami semua pegang dia. Yang lain baca yassin. Seorang Ustaz ni datang terus dia pergi kat budak tu. Ust tanya dari mana kau datang. Budak tu cakap aku datang dari hutan bukit tu. Ust kau nak apa dari kami? kenapa kacau budak ni semua?. Budak Aku tak kacau diorang, diorang yang kacau tempat aku. Aku nak diorang pergi dari sini. Ust Baiklah, jadi kau boleh keluar dari badan semua budak ni yang kau telah masuk. Budak Taknak! kalau kau mahu gitu kau perlu cari gunting yang berwarna merah di tempat merempuh halangan kemudian buang di laut. Ustaz tu dengar benda tu cakap gitu terus mengarahkan askar2 kat situ untuk cari gunting pada malam tu. Kemudian ustaz tu suruh amik baldi terus ubatkan budak tu. Budak tu terus muntah kat dalam baldi tu, keluar segumpul rambut panjang warna hitam. Gunting tu memang betul dijumpai di tempat merempuh halangan. Kemudian ustaz tu sembuhkan semua budak yang terkena histeria. Ada budak perempuan tu siap lompat dari dalam surau ke luar. Lompat dia memang tinggi, aku pon tak boleh buat. Tapi dapat tangkap balik. Lepas dah siap semua baru ustaz tu pergi laut buang gunting tu. Esoknya terus kami keluar dari Kem tu dan balik kerumah. Alhamdulilah tahun ni saya pergi pada bulan 4 aritu tak berlaku apa-apa. Mungkin benda tu dah kenal kiteorang. Malam akrab pon joget sikit2 je. Sekian Terima Kasih.
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 20:29:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015