LUBOK ANTU: Sekumpu­lan ‘budak mentah’ sanggup berjalan kaki - TopicsExpress



          

LUBOK ANTU: Sekumpu­lan ‘budak mentah’ sanggup berjalan kaki meredah hutan ulang-alik sejauh 500 kilom­eter dari Lubok Antu ke Sibu untuk mencuri motosikal bagi meraih pendapatan lumayan sebelum menjualnya kepada pekerja ladang di Badau, In­donesia. Namun, kelicikan kumpu­lan budak lelaki tersebut yang kesemuanya berasal dari ru­mah panjang di sini tumpas di tangan anggota polis apabila mereka ditahan dalam Ops Lejang Khas kelmarin. Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan James Johnathan berkata tiga budak lelaki yang tidak lagi bersekolah itu ditahan sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi berkenaan sekitar jam 6.30 petang kelmarin. “Suspek yang berusia 12 hingga 15 tahun itu ketika ditahan sedang menunggang dua motosikal yang mencuri­gakan dan hasil pemeriksaan mendapati sebuah motosikal tersebut dilaporkan hilang di Sibu pada 30 Ogos lalu,” katanya. Menurut James, hasil soal siasat mendapati suspek mencuri motosikal itu di Sibu dan dijual kepada pembeli terutamanya pekerja ladang di Badau, Kalimantan, In­donesia. “Kami percaya ketika dita­han suspek sedang menunggu pelanggan yang ingin mem­beli motosikal curi tersebut,” katanya di sini semalam. James percaya kumpulan remaja itu bertanggungjawab dalam beberapa kes kecurian motosikal di Sibu sebelum ini. Menurutnya, sebuah mo­tosikal akan dijual kepada pembeli antara RM500 hingga RM750. Katanya, kumpulan remaja berkenaan dipercayai men­jalankan kegiatan mencuri motosikal sejak awal tahun ini dengan menjadikan para pekerja ladang sebagai pe­langgan utama mereka. “Pihak kita masih men­jalankan siasatan bagi menge­san saki-baki kumpulan terb­abit yang dipercayai masih bebas ketika ini,” katanya. Sementara itu, tiga suspek terbabit diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu untuk siasatan lanjut. Sumber:Utusan Borneo
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 00:07:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015