LUKA (sambungan ceterpen) “Hey, apa pasal engkau tak mandi lagi - TopicsExpress



          

LUKA (sambungan ceterpen) “Hey, apa pasal engkau tak mandi lagi ha”. Jerkah Milah sebaik dia ternampak Mira sedang asyik bermain anak kucing di ruang tamu. Mira terburu-buru bangun mencapai tuala untuk kebilik air, Tetapi dengan cepat ditarik Milah hingga Mira jatuh tersandar ke dinding. “Eh, kaumelawan aku ye!”. Milah mula menyinga. “Tak mak, Mira nak mandi la ni”. Sedu sedan Mira masih bersisa. “Jalan!...”. Herdik Milah seakan hysteria, baldi kosong berhampiran pintu dapur diambil lalu dilempar kearah Mira. “Aaarrrggghhhhh sakit”. Jerit Amira bila baldi yang dibaling ibunya tepat mengena buku lalinya, pedih dan berdarah Menggigil tubuh kecil itu menahan kesakitan sambil membasuh luka di kaki, darah merah masih mengalir begitu juga dengan airmatanya seluruh tubuh kecil itu dipenuhi parut luka yang lama, Amira membelek parut-parut ditubuhnya dia sendiri tidak mengerti mengapa ibu selalu memukul dan mengherdik dia, mengapa ibu tidak sayang dia?. Tapi Mira sangat sayangkan ibunya. Selesai mandi Mira terus ke biliknya untuk menyalin pakaian, semasa melintas di dapur Mira sempat melihat ibunya di meja makan sedang makan nasi, Mira terasa lapar sekali tapi dia tidak berani hendak makan bersama ibunya kerana telah diberi amaran dia tidak boleh makan hari itu setelah menjatuhkan sepinggan nasi. Lagi pun selama ini dia tidak pernah makan bersama ibu, sekali pun dia sangat ingin makan bersama ibunya, kerana ibu tidak pernah membenarkannya. Terjengket-jengket Mira berjalan masuk ke bilik kakinya terasa sakit sekali, setelah siap berpakaian Mira duduk di atas tikar mengkuang di situlah tempat Mira merasa bahagia bersama mimpi-mimpinya dimalam hari, Mira menekan perutnya yang terasa pedih. Mira belum menjamah apa-apa pun sejak dari tengahari tadi hingga ke senja ini. Mira menangis lagi sambil bibirnya menyebut ibunya berulangkali. Malam itu tubuh kecil Mira menggigil kesejukan dia mengerang kesakitan, sakit sungguh seluruh tubuhnya lebih-lebih lagi kakinya yang terluka petang tadi. Mira menangis lagi. “Mak...mak…mak.” Rengek Mira sambil matanya terpejam. “Heh, engkau ni apa hal ha!.., memekak malam-malam ni.” Meluru Milah kebilik anaknya sakit sungguh hatinya. “Makkkk!...” Jerit Mira bila rambutnya dicekak kuat oleh ibunya. Milah menekan kepala anaknya ke lantai,walau pun Milah tahu ketika itu Mira demam sewaktu dia menyentap rambut Mira tadi, Milah meletak tangannya ke dahi Mira, panas membahang tapi Milah tidak peduli memang hatinya sakit sungguh sejak senja tadi dia mendengar Mira menangis dan malam ini Mira menangis lagi mengganggu tumpuannya yang sedang menonton drama televisyen kegemarannya. Setelah puas hati Milah mengerjakan Mira, Milah keluar dari bilik Mira menyambung semula tontonannya yang terganggu tadi, lega hati Milah setelah tidak mendengar lagi suara Mira. Pagi itu Milah menjengah semula di bilik anaknya. “Hoi! Bangun, jangan nak jadi pemalas bangun tengahari.” Milah menarik tangan Mira namun tiada reaksi. “Bangun!..” Jerit Milah lagi. Milah tergamam melihat anaknya yang tidak bergerak, kaku dan dingin. Milah menjerit hysteria, kesalan dan ketakutan silih berganti. Berakhir sudah episod duka dan luka dalam hidup Amira yang terlalu singkat, Amira telah menemui kedamaian abadi, Milah masih meraung dengan ketentuan nasib yang belum pasti. Cahaya Laila 11 Sept 2013 Klang Selangor LUKA (sambungan ceterpen) “Hey, apa pasal engkau tak mandi lagi ha”. Jerkah Milah sebaik dia ternampak Mira sedang asyik bermain anak kucing di ruang tamu. Mira terburu-buru bangun mencapai tuala untuk kebilik air, Tetapi dengan cepat ditarik Milah hingga Mira jatuh tersandar ke dinding. “Eh, kaumelawan aku ye!”. Milah mula menyinga. “Tak mak, Mira nak mandi la ni”. Sedu sedan Mira masih bersisa. “Jalan!...”. Herdik Milah seakan hysteria, baldi kosong berhampiran pintu dapur diambil lalu dilempar kearah Mira. “Aaarrrggghhhhh sakit”. Jerit Amira bila baldi yang dibaling ibunya tepat mengena buku lalinya, pedih dan berdarah Menggigil tubuh kecil itu menahan kesakitan sambil membasuh luka di kaki, darah merah masih mengalir begitu juga dengan airmatanya seluruh tubuh kecil itu dipenuhi parut luka yang lama, Amira membelek parut-parut ditubuhnya dia sendiri tidak mengerti mengapa ibu selalu memukul dan mengherdik dia, mengapa ibu tidak sayang dia?. Tapi Mira sangat sayangkan ibunya. Selesai mandi Mira terus ke biliknya untuk menyalin pakaian, semasa melintas di dapur Mira sempat melihat ibunya di meja makan sedang makan nasi, Mira terasa lapar sekali tapi dia tidak berani hendak makan bersama ibunya kerana telah diberi amaran dia tidak boleh makan hari itu setelah menjatuhkan sepinggan nasi. Lagi pun selama ini dia tidak pernah makan bersama ibu, sekali pun dia sangat ingin makan bersama ibunya, kerana ibu tidak pernah membenarkannya. Terjengket-jengket Mira berjalan masuk ke bilik kakinya terasa sakit sekali, setelah siap berpakaian Mira duduk di atas tikar mengkuang di situlah tempat Mira merasa bahagia bersama mimpi-mimpinya dimalam hari, Mira menekan perutnya yang terasa pedih. Mira belum menjamah apa-apa pun sejak dari tengahari tadi hingga ke senja ini. Mira menangis lagi sambil bibirnya menyebut ibunya berulangkali. Malam itu tubuh kecil Mira menggigil kesejukan dia mengerang kesakitan, sakit sungguh seluruh tubuhnya lebih-lebih lagi kakinya yang terluka petang tadi. Mira menangis lagi. “Mak...mak…mak.” Rengek Mira sambil matanya terpejam. “Heh, engkau ni apa hal ha!.., memekak malam-malam ni.” Meluru Milah kebilik anaknya sakit sungguh hatinya. “Makkkk!...” Jerit Mira bila rambutnya dicekak kuat oleh ibunya. Milah menekan kepala anaknya ke lantai,walau pun Milah tahu ketika itu Mira demam sewaktu dia menyentap rambut Mira tadi, Milah meletak tangannya ke dahi Mira, panas membahang tapi Milah tidak peduli memang hatinya sakit sungguh sejak senja tadi dia mendengar Mira menangis dan malam ini Mira menangis lagi mengganggu tumpuannya yang sedang menonton drama televisyen kegemarannya. Setelah puas hati Milah mengerjakan Mira, Milah keluar dari bilik Mira menyambung semula tontonannya yang terganggu tadi, lega hati Milah setelah tidak mendengar lagi suara Mira. Pagi itu Milah menjengah semula di bilik anaknya. “Hoi! Bangun, jangan nak jadi pemalas bangun tengahari.” Milah menarik tangan Mira namun tiada reaksi. “Bangun!..” Jerit Milah lagi. Milah tergamam melihat anaknya yang tidak bergerak, kaku dan dingin. Milah menjerit hysteria, kesalan dan ketakutan silih berganti. Berakhir sudah episod duka dan luka dalam hidup Amira yang terlalu singkat, Amira telah menemui kedamaian abadi, Milah masih meraung dengan ketentuan nasib yang belum pasti. Cahaya Laila 11 Sept 2013 Klang Selangor
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 04:57:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015