Lailatul Qadar berlaku di sebelah malam. Pemahaman saya begitu. - TopicsExpress



          

Lailatul Qadar berlaku di sebelah malam. Pemahaman saya begitu. Entah betul entahkan tidak. Bila sebut malam - saya fikir - ia bermula apabila masuk sahaja waktu Maghrib hingga ke Fajar. Terpilihkah kita bila gagal ke masjid untuk solat berjemaah Maghrib semata-mata kerana mahu menikmati juadah berbuka di rumah? Itulah ujian berbuka puasa. Namun ada hakikat yang lebih besar yang dikesampingkan. Letakkan amal ibadat yang mahu dilakukan "semata-mata kerana Allah" mengatasi ganjaranNya. Begini, ganjaran akan diperolehi setelah niat beramal ibadat itu berada pada tempatnya. Maksud saya - analogi mudah - jika markahnya 90 - 100 maka ganjarannya A+. Janjinya begitu ... Insya Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah kami ya Allah jika kami terkhilaf.
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 00:46:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015