Laporan serangan kimia Syria Isnin depan KAHERAH 12 Sept. - Satu - TopicsExpress



          

Laporan serangan kimia Syria Isnin depan KAHERAH 12 Sept. - Satu laporan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) berhubung serangan kimia di Syria, mungkin diperolehi pada awal minggu depan. Menteri Luar Luxembourg, Jean Asselborn semalam berkata, menurut maklumat yang diperolehi, laporan siasatan kejadian tersebut akan disiarkan pada Isnin depan. Asselborn sebelum ini mengemukan rayuan terhadap lima kuasa veto Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai kata sepakat dalam menangani konflik di Syria yang berlanjutan hampir tiga tahun. Luxembourg merupakan ahli bukan tetap Majlis Keselamatan PBB. - DPA
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 23:04:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015