Lebih 130 kes, 7 kematian akibat kencing tikus 26 November 2013 - TopicsExpress



          

Lebih 130 kes, 7 kematian akibat kencing tikus 26 November 2013 * SHAH ALAM - Sebanyak 134 kes dengan tujuh kematian dilaporkan akibat penyakit kencing tikus di Selangor tahun ini sehingga Oktober, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi. Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding tahun sebelumnya dengan lapan kematian daripada 154 kes keseluruhan. Beliau menjawab pertanyaan mulut Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) yang ingin tahu situasi kes kencing tikus mengikut daerah. Dr Daroyah berkata, Laporan pada tahun ini setakat Oktober menunjukkan Hulu Langat mencatatkan sebanyak 36 kes, Petaling (32), Hulu Selangor (24), Sabak Bernam (14), Sepang (12), Gombak (8), Klang (7) dan Kuala Selangor (satu). Ujian makmal mendapati 28 peratus daripada kes ada sejarah melawat kawasan rekreasi, 34 peratus tiada lawatan serta tiada pendedahan ke tempat berisiko dan hanya terdedah kepada infestasi tikus di rumah, katanya. Halimaton juga bertanya bilangan premis perniagaan yang disita sejak 2008 sehingga kini dan apakah tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan sekiranya berlaku saman berulang. Dr Daroyah berkata, selain tindakan sita oleh Pejabat Kesihatan Daerah, tindakan sama turut dibuat oleh PBT terhadap premis yang mengabaikan aspek kebersihan, seperti sisa makanan tidak dibuang di tempat betul. Sejak 2008 sehingga tahun ini, sebanyak 78 premis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya disita, Majlis Perbandaran Kajang (145), Majlis Bandaraya Shah Alam (60) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (216). Bagi premis makanan yang tidak mencapai piawaian akan dikenakan kompaun dan notis bertulis. Pemarkahan premis dibuat sekiranya kurang daripada 50 peratus, premis akan diarahkan tutup selama 14 hari bagi menjalankan kerja pembersihan dan penambahbaikan premis ini, katanya. Setiap pengusaha makanan yang dikenakan arahan penutupan premis, disarankan menghadiri semula kursus pengendalian makanan, selain menduduki ujian ringkas selepas menghadiri kursus, katanya. - Bernama S.H
Posted on: Tue, 26 Nov 2013 11:09:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015