Lebih kurang seminggu sudah sewaktu sesi berbuka puasa di sebuah - TopicsExpress



          

Lebih kurang seminggu sudah sewaktu sesi berbuka puasa di sebuah restoran Cina, aku berpeluang mendengar tazkirah ekonomi di meja makan. "Pada tahun 1970-an, seorang pegawai kerajaan bergaji RM750 manakala sebuah rumah teres 2 tingkat berharga RM20,000 dan sebuah kereta Toyota Corolla berharga RM6,000. Hari ini, pegawai kerajaan itu mungkin bergaji RM4,000 tetapi sebuah rumah teres 2 tingkat di Lembah Klang kini berharga RM700,000 dan sebuah kereta Toyota Corolla Altis pula mencecah harga RM130,000. Sama ada harga rumah dan kereta di Malaysia terlalu mahal atau gaji di Malaysia terlalu rendah." Yang bercakap ini bukan sembarangan orang, tetapi ahli dalam hal ehwal ekonomi negara peringkat atasan. Bank Negara dalam isu kadar hutang isi rumah Malaysia yang tinggi menyalahkan sikap rakyat Malaysia yang suka berhutang lantas bertindak memendekkan tempoh pinjaman perumahan. Masalahnya harga rumah dan kereta yang tinggi memaksa kita untuk banyak berhutang. Dan dengan gaji yang ciput, mana mungkin kita boleh membayar pinjaman perumahan atau kenderaan dalam tempoh yang pendek? Jangankan ahli hal ehwal ekonomi negara peringkat atasan, kita semua orang kebanyakan ini juga boleh sedar kepalatan yang berlaku dalam negara ini. Tapi Bank Negara berfikiran berbeza. Sedangkan Better Nation pula lebih suka menetapkan harga siling ayam bukannya harga siling rumah, sambil sibuk menyalahkan pengeluar kereta sebagai punca harga kereta tinggi bukannya duti eksais mencecah 75% ke atas. Di mana silap kita dari tahun 1970 hingga 2013? Tauke rumah yang menguasai politikus? P1 dan P2 yang perlu disusukan? Atau lambakan pekerja asing yang membantutkan gaji kita serta kesatuan buruh yang jadi pak turut?
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 04:18:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015