Leka layanan ghairah gadis bunga 9 September 2013 * PUCHONG - - TopicsExpress



          

Leka layanan ghairah gadis bunga 9 September 2013 * PUCHONG - Dengan hanya membeli satu kalungan bunga, pelanggan sebuah pusat hiburan di sini akan mendapat layanan tarian khas daripada pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand yang diminati mereka. Bagaimanapun, belum sempat menikmati kepuasan daripada gadis ‘bergetah’ ditawarkan, premis dikunjungi mereka di Pusat Bandar Puchong, dekat sini diserbu sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, lewat malam kelmarin. Difahamkan, pelanggan perlu membeli kalungan bunga dengan harga RM100 dan boleh memilih mana-mana gadis GRO untuk melayan mereka. Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, Sobberi Ismail berkata, daripada jumlah dibayar pelanggan, separuh diambil pengusaha manakala selebihnya diberikan kepada gadis pelayan terbabit. Lebih ramai pelanggan yang membeli kalungan bunga, lebih banyak komisen diperoleh pelayan yang menjadikan pekerjaan itu sebagai cara mudah mendapatkan kemewahan. Ketika serbuan, 12 gadis berpakaian seksi terbabit dikatakan sedang asyik melayani 50 pelanggan lelaki tempatan yang dahagakan layanan mesra mereka. Pemeriksaan dijalankan mendapati kesemua GRO termasuk enam pekerja lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 30-an didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini. “Risikan dilakukan mendapati GRO terbabit diberikan tip separuh harga bagi setiap jualan kalungan bunga berharga RM100. Selepas pembelian kalung bunga dibuat, pelanggan boleh memilih mana-mana pelayan disukai untuk dijadikan teman berhibur,” katanya. Beliau berkata, penjaga premis turut ditahan kerana perniagaan dijalankan tidak memiliki lesen sah pihak berkuasa. Kesemua yang ditahan dalam Ops Cantas Noda kelmarin dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut. S.H
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 11:13:20 +0000

Trending Topics



ht:30px;">
"Sino id antes a las ovejas perdidas de la casa de Israel." Mat.
heres an update on my dad. He was transported to DRMC today and
Mohammed Sayyeh,le mec dur et tetu L un des bras droits et hommes
#RealEstate l #MiamiBeach l #Florida » 300 S Pointe Dr has 4

Recently Viewed Topics




© 2015