Lepas ini suami balik awal! Sabak Bernam: Seramai 28 wanita - TopicsExpress



          

Lepas ini suami balik awal! Sabak Bernam: Seramai 28 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang menjadi punca sekumpulan suami sering pulang ke rumah pada awal pagi, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di pekan Sungai Besar, di sini, semalam.Serbuan jam 12.30 tengah malam itu dilakukan 12 anggota dan tiga pegawai daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Inspektor Muhammad Mohd Jais.Muhammad berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya melakukan beberapa siri intipan sejak seminggu lalu hasil aduan orang ramai, termasuk ahli keluarga pelanggan pusat hiburan itu.“Ada dalam kalangan ahli keluarga, kebanyakannya isteri, berang dengan kewujudan pusat hiburan itu kerana ia menyebabkan suami mereka sering membuang masa di premis terbabit.“Berdasarkan maklumat, kami melakukan siasatan dan mendapati premis berkenaan bukan sekadar pusat hiburan semata-mata,” katanya.Dalam serbuan itu, 27 wanita Vietnam dan seorang dari China berusia 20 hingga 35 tahun serta seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang menjaga pusat itu ditahan.Katanya, ketika serbuan, kumpulan GRO terbabit leka melayan pelanggan dan terkejut sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa menyebabkan ada yang cuba melarikan diri.“Bagaimanapun, usaha itu tidak berhasil kerana gerak-geri mereka sudah lama diperhatikan,” katanya.Menurutnya, premis yang menjadi pusat karaoke secara luaran itu didapati turut menawarkan dua pakej utama kepada pelanggan, sama ada menggunakan khidmat GRO ketika berkaraoke atau khidmat seks dengan membawa mereka keluar dengan bayaran RM400 semalam.“Seramai 15 pelanggan yang asyik berkaraoke bersama GRO terbabit turut dibawa ke balai untuk diambil keterangan.Semua wanita yang ditahan didapati bekerja tanpa permit atau menyalahgunakan pas lawatan sosial. Mereka ditahan selepas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam untuk tindakan lanjut,” katanya.
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 20:51:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015