Liga Super 2014 LP2 Sarawak lawan Kelantan 25 Januari 2014 Jam - TopicsExpress



          

Liga Super 2014 LP2 Sarawak lawan Kelantan 25 Januari 2014 Jam 8.45 malam Stadium Negeri Kuching Siaran Langsung di Astro Arena 801 Sarawak bakal menempuhi satu lagi ujian getir malam ini iaitu menentang Kelantan. Rekod pertemuan dalam beberapa tahun ini memang tidak menyebelahi Sarawak dengan keputusan terbaik yang pernah dicatatkan Sarawak ialah seri 1-1 di kuching pada 2012. Sarawak yang masih lagi kehilangan Muamer Salibasic, Mafry Balang, S.Chanturu dan Shahrol Saperi mungkin akan membuat sedikit rombakan pasukan untuk membuat kejutan malam esok. Posisi yang menjadi tumpuan ialah sudah tentunya di posisi serangan. Alireza atau Janjus? Jika dilihat kepada pengalaman dan corak permainan, kami ingin sekali melihat Akmal Rizal diturunkan kerana beliau begitu memahami dengan persekitaran ketika menentang dan bersama dengan Kelantan. Persembahan 45 minit yang baik sudah semestinya akan menajamkan dan memberi motivasi pada pasukan. Dibahagian Tengah pula, Robert Alberts pastinya pening kepala untuk memilih 2 jentera tengah. Junior Edstal, Lot Hassan atau Reshafiq Alwi telah memberikan persembahan terpuji dalam 2 perlawanan terakhir. Joseph Kalang Tie pastinya akan memulakan perlawanan ini dan Posisi sayap pula,samada Robert Alberts akan cuba menggunakan Zamri Morshidi atau Ashri Chucu dalam merobek benteng Kelantan. Di barisan pertahanan, dijangka tidak ada perubahan. Cuma Fokus perlu ditingkatkan untuk menghadapi Piya dan rakan-rakan. Ghaddar dan Forkey Doe adalah penyerang yang bukan asing lagi dalam Liga Malaysia. Jadi, seharusnya pergerakan 3 pemain ini harus disekat. Kelantan datang dalam misi memburu 3 mata dan mereka bertandang di Kuching tanpa Amar Rohidan dan Mohamed Shawky yang cedera. Fokus 90 minit harus dipadu oleh Sarawak dan diharapkan 3 mata tidak mustahil untuk malam esok. Seri mungkin tidak puas bagi penyokong Sarawak tetapi keputusan itu dilihat baik untuk membina keyakinan dalam perlawanan sterusnya menentang Sime Darby FC selasa depan.
Posted on: Fri, 24 Jan 2014 06:45:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015