Lima lelaki ada tatu lambang kongsi gelap ditahan Alor Setar: - TopicsExpress



          

Lima lelaki ada tatu lambang kongsi gelap ditahan Alor Setar: Lima lelaki dipercayai daripada dua ahli kumpulan kongsi gelap, ditahan dalam kejadian berasingan apabila badan mereka dikesan mempunyai simbol atau ‘tatu’ kumpulan terbabit dalam Ops Cantas Khas di Bukit Kayu Hitam dan Kulim, kelmarin. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam kejadian pertama, sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Hadi Mohamad menahan empat lelaki berusia antara 20 hingga 30-an. Menurutnya, semua lelaki berasal dari Jitra itu ditahan kerana tubuh dua daripada mereka mempunyai simbol dipercayai dari kumpulan kongsi gelap 04, iaitu 49 pertubuhan yang diharamkan kerajaan. “Mereka ditahan ketika berjalan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam dipercayai mahu memasuki Thailand jam 5.40 petang kelmarin. “Kita menyiasat sama ada ahli kumpulan itu memasuki Thailand atas urusan tertentu atau sebaliknya. Buat masa ini kita menyiasat latar belakang suspek dari pelbagai sudut,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini, semalam. Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya. Ahmad berkata, dalam kejadian kedua, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Kulim kerana badannya mempunyai simbol Geng 08. “Kelima-lima suspek terbabit ditahan reman tujuh hari mulai kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi ahli pertubuhan haram. “Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. Beliau berkata, sejak Ops Cantas dilancarkan 18 hingga 30 Ogos lalu, pihaknya melakukan pemeriksaan 4,014 individu dipercayai ahli kumpulan diharamkan selain memeriksa 2,567 kenderaan membabitkan 1,116 kereta, 1,248 motosikal dan 203 lain-lain. “Daripada individu diperiksa, polis menahan 183 orang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap di negeri ini. “Kami mengadakan sekatan jalan bagi membuat pemeriksaan kenderaan dan individu untuk mengesan suspek penjenayah. “Mereka yang ditahan akan melalui saringan, termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan dan kenderaan digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri selain pemeriksaan di kediaman suspek,” katanya.HM
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 05:59:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015