Lindungi hak melayu bumiputera di bandar-bandar! Kaedah lindungi - TopicsExpress



          

Lindungi hak melayu bumiputera di bandar-bandar! Kaedah lindungi hartanah Melayu di bandar Oleh ZAMRI MUDA PERKEMBANGAN terkini politik tanah air hasil PRU-13 begitu merisaukan tentang nasib dan arah tuju keselamatan kepentingan Melayu khasnya dan bumiputera lain amnya dalam geopolitik. Walaupun masih dalam keadaan bertahan namun pendekatan proaktif perlu di ambil segera untuk melindungi dan memperkasakan aset-aset yang dipusakai oleh orang Melayu di kawasan bandar. Di kawasan ibu negeri penulis sendiri iaitu Kuala Terengganu terdapat berpuluh ekar tanah Melayu bandar, baru sahaja dikosongkan untuk tujuan pembangunan semula. Dan ini menjadi bahan momokan politik pihak tertentu menyebabkan rakyat menjadi resah dan marah walaupun semua sudah sedia maklum bahawa setiap pemilik tanah sudah mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak kerajaan. Namun apa yang lebih merisaukan adalah nasib tanah warisan tersebut apabila tempat itu dibangunkan untuk pembangunan komersial. Begitu juga hal ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur. Maka itu pihak kerajaan perlu segera menubuhkan satu badan khas yang diamanahkan untuk memegang hak milik dan melindungi tanah warisan Melayu di bandar. Badan ini boleh dinamakan sebagai lembaga pembangunan tanah warisan. Badan khas ini mungkin boleh diletakkan di bawah lindungan Sultan bagi negeri yang beraja manakala di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan bekas Negeri-negeri Selat. Di Sabah dan Sarawak pula mungkin lembaga pembangunan tanah adat anak negeri boleh ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Jika mekanisme ini tidak dapat dilaksanakan di peringkat pusat, mungkin di peringkat negeri boleh melaksakannya. Tugas utama badan khas lembaga pembangunan tanah warisan adalah untuk menyelaraskan pembangunan semula semua jenis tanah warisan Melayu di kawasan bandar. Maka semua projek pembangunan tanah warisan yang dijalankan oleh kerajaan negeri dipantau oleh lembaga pembangunan tanah warisan. Apa yang paling penting adalah nasib hartanah tersebut selepas dibangunkan. Jika premis dijadikan ruang niaga maka peniaga bumiputera perlu diutamakan. Bagi yang bukan bumiputera mungkin hanya mendapat hak untuk menyewa pada tempoh maksimum 10-15 tahun sahaja. Manakala jika dijadikan premis kediaman, hanya pemilikan bumiputera dan pertukaran kepada bumiputera sahaja dibenarkan. Bukan bumiputera yang berpendapatan rendah masih dibenarkan untuk menyewa premis kediaman tersebut jika perumahan itu berkategori rumah rakyat. Cadangan ini diharap dapat dipertimbangkan segera agar nasib tanah warisan Melayu dapat segera dimajukan dan kepentingan perwarisan hartanah dapat dilindungi sepenuhnya. UTUSAN
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 05:44:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015