Luahan seorang sahabat - abe awang Bukan aku tak suka pergi - TopicsExpress



          

Luahan seorang sahabat - abe awang Bukan aku tak suka pergi dengar ceramah agama.... Mentelah pula majlis itu diadakan dekat dengan rumah aku.... Bukan juga kerana tempat yang tidak selesa, kerana itu bukan chokia punya majlis.... Siap pasang beberapa canopy, dan disediakan pula kerusi yang banyak sebagai tempat duduk para hadirin, serta didirikan pentas yang cantik dihiasi dengan back-drop dan pasu bunga... Tapak program pula di tepi swimming pool. Tetapi aku punya alasan tersendiri untuk tidak menghadiri program ceramah agama berbentuk forum itu.... Aku mohon keampunan dari Allah sekiranya ijtihad aku itu tersilap. Pertama, program yang dianjurkan oleh pihak surau itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).... Bahkan ustaz yang menjadi moderator majlis itu ialah seorang pegawai JAIS... Aku mengenali ustaz tersebut, dan memang aku dah lama tahu bahawa beliau ialah seorang kakitangan JAIS... Secara peribadi, aku tidak ada apa-apa masalah dengan ustaz tersebut... Aku akui beliau ada seorang yang sangat baik, alim, dan dihormati ramai... Aku sendiri menghormati kebaikan sikap dan kealimannya... dan dia juga sangat baik dengan aku. Tetapi aku tidak menyukai JAIS.... Sejarah telah membuktikan bahawa dalam banyak-banyak Jabatan Agama Islam di Malaysia, JAIS lah yang mempunyai rekod paling buruk terhadap golongan pengikut Sunnah dan terhadap ustaz-ustaz yang bermanhaj salaf yang mengajarkan ilmu Hadis..... JAIS mengharamkan Nik Aziz berceramah atau memberi kuliah di Selangor.... JAIS pernah menghalang dan menahan Dr Asri ketika sedang menyampaikan kuliah Agama di Selangor.... Dan yang terbaru, Konvensyen Sunnah yang sepatutnya diadakan di Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana halangan dari pihak JAIS. Kalau sudah begitu keadaannya, apalah yang hendak diharapkan dari seorang ustaz yang makan gaji dengan JAIS dan mempunyai fikrah yang sama dengan majikannya dalam soal pemahaman agama...? Ilmu agama apakah yang hendak disampaikan jika pihak JAIS sendiri secara terang-terangan menunjukkan kebencian terhadap pengajian Sunnah dan memusuhi golongan Sunnah...? Kedua, beberapa hari sebelum majlis diadakan, telah ditampalkan poster di beberapa tempat untuk memaklumkan kepada penduduk sekitar dan menjemput mereka datang ke program tersebut.... Tajuk forum ialah tentang Akidah (aku lupa tajuk penuh, tapi ada perkataan AKIDAH lah), tetapi salah seorang panel majlis itu ialah Nizam, bekas penyanyi kumpulan rock Laksamana. Aku tidak sekali-kali berniat untuk merendah-rendahkan atau memperlekehkan Nizam, kerana walaupun dia bekas penyanyi, tapi itu dulu... mungkin sekarang dia telah berubah, bahkan mungkin dia lebih alim dari aku yang sememangnya masih jahil.... Tetapi.... kalau nak berceramah bab Akidah, iaitu bab yang paling penting sekali dalam agama, alangkah lebih sesuai jika dijemput ustaz yang benar-benar berkelayakan untuk membicarakannya.... Kalau nak jemput Nizam juga, apalah salahnya jika ditukar tajuk ceramah kepada yang lebih ringan sikit, kerana perkara Akidah ini adalah persoalan yang berat dan memerlukan penyampaian dari ustaz yang mahir dan alim. Jadi, aku mengambil keputusan untuk tidak hadir di majlis tersebut..... Aku tidak tahu apa yang dibicarakan oleh Nizam Laksamana tentang Akidah, tetapi di akhir majlis, sebagai penutup, dapat didengari dengan jelas Nizam mendendangkan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Laksamana untuk menghiburkan para hadirin.... Lagunya berjudul Gugurnya Bunga Cinta. Beruntunglah para penonton semalam.... Akidah pun makin mantap, kefahaman tentang agama pun bertambah, dapat pula berhibur dengan dendangan lagu rock gugurnya bunga cinta. Beginilah lirik lagunya dalam ceramah Akidah itu :- **Izinkan aku, sayang.... Menyentuh perasaanmu.... Biar gelora cinta semalam... Izinkan aku sayang.... Merinduimu selalu.... Biar bergetar nalurimu Walau berkali kau membenci.... Cintaku takkan hilang.... Himpunkan semua kemaafan Dengarkan oh! Rintihaaaaaaannn...! Andainya kau pergi.... Gugurlah bunga cinta Terpadam mentari.... Yang menyinaaaar... oooooh Pulaaaanglah oh! Sayang.... Kau ku nanti penuh pasti Rintihan kecundang.... Untukmu oh! Saaayang...!** (Aku pun suka dengar lagu ni..... zaman muda-muda dulu, pernah juga berkaraoke menyanyi lagu gugurnya bunga cinta.... dan aku bukan kutuk lagu ni, jauh sekali untuk mempersendakan Nizam Laksamana.... Begitu juga terhadap ustaz JAIS yang menjadi moderator, aku tidak ada menyimpan benci walau sedikit pun dalam hati terhadap beliau, tidak ada...! walau sebesar anak kuman kering pun.... ! Tetapi, kesesuaian dendangan lagu tersebut dalam program ceramah agama bab akidah, itu yg aku rasa tak kena). Demikian adanya. -AM-
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 08:43:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015