(Luangkan masa anda sekejap) ADAKAH BANGSA MELAYU ITU PENDATANG - TopicsExpress



          

(Luangkan masa anda sekejap) ADAKAH BANGSA MELAYU ITU PENDATANG ? Mutakhir ini, orang Melayu telah diserang dari segenap arah sama ada dari sudut akidah Islamiah, perpaduan, malahan sejarah mereka sendiri. Baik UMNO,PAS,PKR, semuanya hanya sekadar beretorik semata-mata untuk meraih laba politik. Sejarawan Barat pernah berkata, untuk melemahkan sesuatu bangsa itu, maka sejarah bangsa itu sendiri perlu dihapuskan dan bukti-bukti yang menyokongnya turut perlu dilenyapkan. Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan supaya bangsa selepasnya itu akan melupai kehebatan dan keagungan empayar mereka suatu masa dahulu. Inilah yang terjadi kepada bangsa Melayu bukan sahaja di Malaysia malahan meliputi Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Kemboja, dan negara sekitarnya seperti Vietnam, Kampuchea, dan Myamnar. Ada seorang ahli politik dan sejarawan berbangsa ‘ca ya nun alif’ yang mengatakan bahawa bangsa MELAYU di Malaysia itu sebagai bangsa pendatang. PENIPUAN apakah ini ?? Sungguh , mereka sedang melancarkan suatu ideology dan kepercayaan yang ditanam kepada generasi muda untuk menidakkan bangsa MELAYU itu sendiri. Sebab apa? Kerana generasi mudalah yang mudah untuk dipengaruhi mindanya kerana mereka jenis yang tidak banyak mengkaji da hanya menerima bulat-bulat sahaja apa jenis cerita ! Tapi saya tidak mengatakan semua, hanya sebilangan sahaja. Hujah saya yang cukup mudah, bagaimana mungkin kita mengatakan bangsa MELAYU Itu sebagai pendatang kerana hakikatnya mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam lingkungan Nusantara Melayu? Dengan lain perkataan, mereka berdangang dan menetap dalam wilayah dan rumah mereka sendiri? !! Tak faham lagi? Okey. Dimudahkan cerita sekali lagi, jika orang Melayu dari negeri Kedah berhijrah ke Kuala Lumpur atas tuntutan pekerjaan dan sebagainya, adakah mereka dianggap sebagai pendatang? Walhal mereka tetap rakyat Malaysia dan hanya melakukan peghijrahan dalaman? Ternyata ahli politik dan sebilangan sejarawan ‘mereka’ hanya mencari publisiti murahan untuk menafikan hak dan keistimewaan bangsa MELAYU di bumi TANAH MELAYU ini. ! Itulah yang saya cuba sampaikan, orang MELAYU dahulu merupakan pedagang yang hebat dan merentasi sempadan negara dan meredah laut-laut semata-mata untuk mencari rezeki dan ilmu. Saya tidak berhajat untuk menceritakan tentang ILMU PELAYARAN dan PERKAPALAN BANGSA MELAYU yang sememangnya hebat untuk dikaji. Mungkin melalui ‘posting’ saya kemudian. Jadi, orang MELAYU perlu bijak untuk menerima sesuatu BERITA dengan MEMBACA dan MENGKAJI dan bukan atas faktor PERSEPSI semata-mata. Dunia di hujung jari, ‘google’ lah..Gunakan kecanggihan yang ada untuk kebaikan. Zaman kini, fitnah berleluasa. Hati-hati menerima apa jua berita. Cc : Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia
Posted on: Sat, 18 Jan 2014 07:19:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015