MAKANAN Malam tadi kami meraikan tetamu Saudi. Namanya Salleh. - TopicsExpress



          

MAKANAN Malam tadi kami meraikan tetamu Saudi. Namanya Salleh. Beliau keturunan al-Harbi, penduduk asal Madinah. Saya bertemu beliau semasa berada di dalam bas airport Jeddah ketika mahu menaiki pesawat. Bahasa Melayu Indonesianya sangat bagus. Ringkaskan cerita, beliau dan isteri bertamu ke rumah kami. Kami sediakan sedikit nasi goreng, nasi Arab, mee goreng, sharwama dan cheese cake. Kami jemput juga Sheikh Khalid dan keluarga. Di hujung malam Salleh berkata, Aku baru pertama kali berkunjung ke rumah kamu. Kamu sediakan makanan sebegini. Kamu mesti datang ke rumah aku. Aku mahu membawa kamu ke kampung aku di .... (sebelum Yanbo) semasa musim sejuk nanti. Tidur di sana dan kita tengok bulan, bintang. Bagus. Tetapi kamu kena datang ke rumah aku di sini terlebih dahulu. Benar, ia Bukan Sekadar Resepi ... bak kata Chef Aroma antara Benua ... Raudzah Roslan.
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 04:29:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015