MARI BELAJAR PASAL TELEPON SUPAYA TAK KENA TIPU HIDUP2...part - TopicsExpress



          

MARI BELAJAR PASAL TELEPON SUPAYA TAK KENA TIPU HIDUP2...part 1 Biasonyo lah ado 5 jonis: 1) SET ORIGINAL/TULEN - Dikeluarkan oleh kilang syarikat yang sah dan dijual oleh ejen/pengedar yang sah dan dilantik oleh kilang. - Harga jualan telah ditetapkan oleh kilang, tidak boleh dinaikkan sesuka hati. - Tempoh Jaminan Warranty ditentukan oleh kilang bukan ejen yg dilantik - Jaminan kilang biasanya 1 tahun untuk peranti utama, 6 bulan bagi akessori termasuk batteri. - Aksessori penuh dan tulen sepenuhnya seperti diiklankan 2) SET AP (BERJENAMA) - Disahkan asli oleh kilang tetapi dijual oleh ejen yang tidak sah dan tidak dilantik oleh kilang. - Diimport sendiri oleh ejen dari negara jiran cth Singapura yang mungkin mempunyai waranti di Singapura. Dibawa masuk tanpa pengesahan SIRIM. Dijual semula sebagai AP kerana tidak dilindungi waranti di Malaysia. - Biasanya mempunyai logo telco seperti SingTel, TIM, Verizon, TMobile - Harga yg dijual berubah2 dan lebih murah dari set tulen, penetapan harga bergantung kepada penjual. - Penjual/kedai menentukan tempoh jaminan Warranty. - Untuk membuat tuntutan waranti, ia mesti dipulangkan dikedai yg dibeli sahaja, masa menunggu lama sedikit - Aksesori tulen diambil dan dijual berasingan kemudian ditukarkan kepada aksesori tiruan. 3) SET AP (KLON) - Paling banyak dijual dipasaran, mendakwa Set AP (Berjenama) sebaliknya menggunakan telefon klon atau palsu bagi mengaburi pembeli yg mahukan set AP (berjenama). - Telefon yg dijual bukan AP (berjenama), tetapi menggunakan nama panggilan lain klon, replica & lookalike.. - Harga jauh lebih murah , tetapi ada yg jahat meletakkan harga yg tinggi seolah2 telefon yg dijual adalah original. - Penjanjian jual beli sama seperti set jualan AP (Berjenama), pulang di kedai yg dibeli jika rosak - Tempoh jaminan mungkin singkat. 4) SET RECONDITION / REFURBISH - Set yg pernah dijual , dipulangkan kepada pusat servis, dan dijual semula kepada pembeli dengan harga murah. - Mempunyai label pengeluar Recond / Refurbished set pada kotak - Mungkin pernah dibaiki (repaired) dipasangkan semula badan yg baru untuk meyakinkan pembeli - Mempunyai tempoh waranti pendek atau tiada jaminan langsung. 5) SET UNDERWATER - Set original dibeli oleh pelajar atau pelancong keluar negara, dibawa masuk sebagai aset persendiriran dan dijual semula, - Jika ada waranti, masih boleh dituntut pembeli perlu menghantar keluar negara - Ia juga mungkin set jualan pelepasan bawah meja (rasuah) atau yg diseludup tanpa pelepasan dan kebenaran rasmi Kastam dan SIRIM - Risiko set klon, tiruan dan palsu sangat tinggi - Tiada jaminan, sebarang kerosakan adalah tanggungan sendiri atau penjual (itu pun jika ada jaminan) Solosai Part 1, nanti den post Part 2 plak.......
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 13:13:34 +0000

Trending Topics



have your history lesson of the day

Recently Viewed Topics




© 2015