MARI KONGSI SEDIKIT INFO TENTANG KASTURI Kasturi diangkat - TopicsExpress



          

MARI KONGSI SEDIKIT INFO TENTANG KASTURI Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia. Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut. Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya. Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang, dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan. Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga ‘dipisahkan’ dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih. “Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi. “Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya,” jelas beliau lagi.
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 12:26:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015