MAS: Belum siasat Pengerusi PAC dah buat kesimpulan? MAR 05, - TopicsExpress



          

MAS: Belum siasat Pengerusi PAC dah buat kesimpulan? MAR 05, 2014 MUHAMMAD FAIZAL KUALA LUMPUR: PAS mempersoal kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang membuat kesimpulan mudah untuk tidak menyiasat punca kerugian Malaysia Airlines Bhd (MAS). Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata alasan Nur Jazlan bahawa PAC tidak perlu menyiasat kerugian RM1.17 bilion MAS kerana kerugian itu berpunca dari masalah pengurusan bukan ketirisan adalah satu alasan yang tidak wajar. Katanya, sebagai seorang pengerusi PAC, Nur Jazlan seharusnya menunjukkan integriti beliau dengan menyatakan komitmen untuk menyiasat, dan bukannya membuat kesimpulan awal bahawa kerugian bukan berpunca dari ketirisan. Nur Jazlan tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebelum siasatan sudah tahu punca sebenar. PAC perlu melakukan siasatan apa punca sebenarnya kerugian tesebut. Apa pun penyiasatan tidak boleh lari dari ketirisan yang berpunca dari masalah pengurusan. Kedua-duanya berkait rapat, penyiasatan tidak boleh lari dari kedua-dua perkara, jelasnya kepada Harakahdaily. Menurut beliau lagi, kerugian MAS ini turut berpunca dari keputusan-keputusan politik terutamanya melibatkan perjanjian yang merugikan MAS. Kerugian MAS juga berpunca dari perjanjian yang melibatkan keputusan politik dan kroni. Sudah sampai masanya kerajaan meneliti serta semak ke semua perjanjian-perjanjian tersebut, kita tidak mahu perjanjian politik dan kroni terus mendominasi pengurusan di dalam MAS, sambungnya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan selain penjelasan dari pihak penguruasan MAS, PAC perlu memainkan peranan mereka untuk meneliti ke seluruhan kerugian tersebut. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26144-mas-belum-siasat-pengerusi-pac-dah-buat-kesimpulan
Posted on: Wed, 05 Mar 2014 19:34:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015