MENANGI HADIAH CUTI SEKOLAH BLINK Hari ini (16 Nov) Kak Ain - TopicsExpress



          

MENANGI HADIAH CUTI SEKOLAH BLINK Hari ini (16 Nov) Kak Ain mahu umumkan cabaran untuk memenangi hadiah kedua iaitu novel berjudul Projek Fesyen Ain Maisarah. Blinkers perlu lakukan 3 perkara : 1. Klik laman ini : blinkblink.my/hadiah/ dan baca semua maklumat yang tertulis di situ. 2. Cadangkan kepada Kak Ain, satu judul novel yang paling menarik pada ruangan komen di bawah ini. Satu orang boleh cadangkan satu judul sahaja. 3. Klik SHARE dan LIKE pada status Kak Ain ini. Pemilihan pemenang pada cabaran kali ini akan dilakukan oleh 3 orang juri iaitu Kak Izanor Sharif Novelis, Abang Azanil Fitri dan Ketua Editor Kak Ann. Tip dari juri, berikan cadangan judul yang bersesuaian dengan siri buku Kak Ain. Ada siri Aku Mahu, Siri Hero Sri Bangsar, Siri Dongeng Sri Bangsar, Siri Projek Ain Maisarah dan Siri Lawak Sekolah. Semua peserta cabaran ini mesti mencadangkan satu judul sahaja dalam komen di bawah dan mesti tekan butang share. Tarikh tutup cabaran adalah pada jam 10 malam ini. Pemenang akan diumumkan esok. Selamat berusaha!
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 22:20:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015