MENJAWAB SEGALA FITNAH DAN TUDUHAN PALSU KE ATAS ULAMA HADIST - TopicsExpress



          

MENJAWAB SEGALA FITNAH DAN TUDUHAN PALSU KE ATAS ULAMA HADIST SYEIKH MUHADDITHIN KUBRA ABAD INI YAITU NASIRUSSUNNAH NASARUDDIN ALBANI RADHIALLAHU ANHU Tuduhan Jahat golongan yang jahat bahawa: (Al-Albani) ahli hadis yang tidak faham fikah. Tidak mengetahui ilmu ushul. Tidak memiliki guru. Dan banyak lagi. Tuduhan-tuduhan seperti ini semuanya telah pun dijawap oleh sekalian ulama-ulama Sunnah antaranya Ghalib ‘Arif Nushairaat dan juga di Malaysia sendiri telah dijawap oleh Dr. Azwira Abdul Aziz dalam bukunya siapakah ahli Sunnah wal Jamaah terbitan Jahabersa. Malangnya para pemfitnah dan pembuat dusta ini tidak mahu menilai pun tulisan-tulisan mereka. Kerana mereka ini telah taksub dengan guru mereka seperti Zamihan Al-Ghari yang taksub dengan gurunya Hassan Ibn ‘Ali Al-Saqqaf manakala Abu-Syafiq seorang ahbash besar di Malaysia ini taksub dengan gurunya yang telah difatwakan sesat oleh sekalian ulama-ulama Sunnah. Mari kita nilai semula beberapa tuduhan tersebut sejauh mana kebenarannya. 1. Ahli Hadis Yang Tidak Paham Fikah Banyak buku-buku yang ditulis oleh puak-puak yang membenci pada golongan yang di panggil Salafi ataupun nama yang tidak asing lagi iaitu Wahabi tentang Al-Albani seorang yang tidak faham fikah. Mereka mengatakan Seorang ahli fikah lebih tahu daripada ahli hadis. Sedangkan kita juga tahu untuk menjadikan ilmu fikah itu lebih berguna adalah dengan adanya dalil-dalil daripada Al-Quran mahupun hadis. Malah ahli hadis lebih memahami selok-belok fikah kerana fahamnya mereka akan hadis-hadis nabi serta mereka mengetahui darjat sesuatu hadis tersebut hasil kajian dan selidik mereka sendiri sesuai dengan kemampuan mereka. Kalau kita lihat Syeikh Al-Albani banyak mengorbankan masanya untuk meneliti hadis yang mana usahanya tersebut amatlah banyak sehingga kehidupannya banyak dikorbankan hanya untuk meneliti dan menulis serta mentakhrij hadis-hadis. Mereka mengatakan Al-Albani itu tidak faham fikah. Maka kita katakan bukankah Imam Bukhari dan imam-imam hadis lain juga adalah ahli fikah? Adakah perbezaan antara ahli fikah dengan ahli hadis? Manakah lebih baik, seorang yang mengetahui kesemua hadis-hadis nabi kemudian dikeluarkan hukum berdasarkan penilaian hadis-hadis yang sampai padanya atau seseorang yang tahu mengistinbathkan hukum tetapi kurangnya pengetahuannya tentang hadis? Kalau kita lihat kitab-kitab fikah kebanyakkannya adalah mempunyai hadis yang digunakan sebagai hujah untuk dia mengeluarkan hukum. Maka apakah bezanya dengan kitab-kitab hadis yang dikeluarkan malah telah diteliti darjatnya sama ada sahih ataupun dha’if. Saya ingin bertanya adakah Al-Saqqaf itu ahli fikah? Adakah Al-Harari yang sesat itu ahli fikah? Berikan kenyataan daripada kalangan ulama sunnah yang dikenali dizaman kini yang mengiktiraf mereka ini ahli fikah!! Bahkan, saya katakan ulama-ulama telah mengecam mereka dengan banyaknya kesesatan mereka serta kejahatan mereka kerana mengkafirkan ulama-ulama serta memfitnah tanpa bukti yang kukuh. Semoga Allah menunjukkan mereka dengan memberi hidayahnya. 2. Tidak Mengetahui Ilmu Usul. Silalah berikan bukti pada kenyataan ini. Syeikh Al-Albani dahulu pernah mengadakan 2 kajian yang dihadiri oleh mahasiswa universiti Islam Madinah dan sebahagian staf Dekan universiti tersebut sebagaimana disebut oleh Ghalin ‘Arif Nushairaat. Diantara kitab yang diajarkan oleh beliau di halaqah ilmiyah tersebut adalah kitab Usul Al-Fikah karya Abdul Wahhab Khallaf. Jadi manakah buktinya beliau tak ada ilmu usul? Perkara ini boleh diteliti sendiri buku-buku beliau sendiri sama ada beliau tahu ilmu usul ataupun tidak. Perlu diketahui bahawa: - Sunnah Nabawiyah merupakan petunjuk hukum-hakam yang ada dalam Al-Quran, sebagaimana yang dikatakan Imam Ahmad bin Hanbal dalam karyanya As-Sunnah riwayat Abdus: setiap hukum dalam al-Quran ditunjukkan oleh as-Sunnah, dijelaskannya dan ditunjkan maksudnya. Dan dengan as-Sunnah juga dapat diketahui maknanya. - Sesungguhnya ilmu usul dibangun atas dasar petunjuk-petunjuk al-Quran dan as-Sunnah dengan menggunakan bahasa arab, dengan memperhatikan adat masa diturunnya syariat. Dan perkara ini hanya diberikan kepada sahabat. Tidak ada yang ikut serta dan mengetahuinya kecuali mereka sendiri. Dan tidak pula ada jalan untuk sampai kepada hal tersebut kecuali dengan jalan mereka (para sahabat). [Rujuk – 9 Tuduhan Dusta Terhadap Syaikh Al-Albani, dalam majalah Islamiyyah Manhajiyyah Adz-Dzakhiirah, vol 5. No. 8 Edisi 32 – 1428, hal 14] 3. Tidak Memiliki Guru Syeikh Al-Albani pernah berguru dengan ayahnya seperti ilmu shorof, ilmu fiqh dalam mazhab hanafi, dan belajar Al-Quran serta pernah mengkhatamkan riwayat Hafsh beserta tajwidnya. Beliau juga pernah belajar dari Syeikh Sa’id al-Burhani kitab Maraqi al-Falah, sebuah kitab yang bermazhab Hanafi, dan kitab Syudzurudz Dzahab merupakan cabang ilmu Nahwu serta beberapa kitab balaghah. Beliau juga pernah menghadiri seminar-seminar al-‘Allamah Muhammad Bahjat al-Baithar bersama beberapa ustaz dari al-Majma’ al-Islami Damaskud, diantaranya; ‘Izzuddin at-Tanukhi. Pada waktu itu mereka belajar kitab al-Hamasah sya’ir Abu Tammam. Dan di akhir hayatnya, beliau sempat bertemu Syeikh Muhammad Raghib ath-Tabbakh. Beliau turut menyetakan ketakjubannya terhadap Syeikh Al-Albani dan menghadiahkan kepada beliau kitab al-Anwar al-Jaliyah fi Mukhtasar al-Atsbat al-Hanbaliyah. [Ibid, hal 15] Maka apakah beliau tidak memiliki guru sebagaimana yang dituduh ke atas beliau? Ketahuilah tuduhan itu dusta kerana hanya hendak menjatuhkan seseorang yang dianggap Wahabi oleh mereka yang tidak tahu menggunakan akal. Firman Allah dalam sirah az-Zumar : “Mereka yang berusaha mendengarkan perkataan (pendapat-pendapat yang sampai kepada mereka) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” Oleh itu, mereka yang memfitnah Syeikh Al-Albani adalah orang yang tidak menurut ayat ini. Ini kerana mereka (1) tidak mahu mendengar pendapat-pendapat yang ada, sebaliknya hanya mengambil pendapat menurut hawa nafsu, (2) mereka ini tidak mahu bandingkan pendapat manakah yang lebih baik, sebaliknya mengganggap semua pendapat mereka lebih baik (taksub dengan pandangan mereka), (3) mereka inilah orang yang terkeluar dari petunjuk hidayah Allah disebabkan 2 perkara yang saya sebutkan sebelum ini tidak dipenuhi, malah mereka juga termasuk dalam golongan orang yang tidak menggunakan akalnya.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 11:08:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015