MOA BERJIHAD HAPUS ORANG TENGAH JOHOR BAHRU – Kementerian - TopicsExpress



          

MOA BERJIHAD HAPUS ORANG TENGAH JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan berjihad memerangi orang tengah dalam industry perikanan negara bermula tahun depan. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menghapuskan peranan orang tengah yang mengaut keuntungan besar daripada titik peluh nelayan. Beliau berkata, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) perlu memastikan semua rantaian nilai dikuasai dan berada di bawah persatuan bagi memastikan kehidupan golongan terbabit terbela. “Kemampuan yang ada perlu dipertingkatkan bermula dari kilang memproses air batu sehingga ke tahap pemasaran. Kaum nelayan harua berusaha utk mengubah minda dan sikap agar lebih berdaya saing. “Bagi menyelsaikan masalah itu kemneterian akan mewujudkan lebih 100 pasar nelayan di negara ini bagi membolehkan nelayan menjual secara terus hasil tangkapan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Nekmat di sini, hari ini. Beliau berkata, Nekmat perlu bekerjasama dengan persatuan nelayan negeri bagi mengumpul dan memasarkan hasil tangkapan di sekitar pasaraya atau pasar borong seluruh negara. “Pasar borong dan sistem sokongan yang efektif perlu diwujudkan bagi menambah rangkaian pemasaran bagi membantu kumpulan sasaran yang akhirnya kuasa penentu harga dikuasai oleh persatuan nelayan. “Jika rantaian nilai ini dapat dikuasai oleh persatuan maka pendapatan golongan terbabit juga akan meningkat dan nelayan sendiri dapat menentukan harga ikan di pasaran,” katanya. Mengulas mengenai cadangan menarik minat golongan muda dalam sector erikanan beliau berkata, Nekmat perlu memainkan peranan dan memikirkan kaedah terbaik bagi menarik minat kumpulan ini. “Pada masa yang sama persatuan nelayan juga perlu lbh proaktif dlm usaha membangunkan dan memajukan persatuan utk kebaikan ahli.
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 13:34:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015