MOSCOW: Penunggang motosikal warga Itali Andrea Antonelli - TopicsExpress



          

MOSCOW: Penunggang motosikal warga Itali Andrea Antonelli terkorban selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pembukaan perlumbaan World Supersport Championship di Litar Moscow, hari ini. Antonelli mengalami kecederaan kepala apabila dia terjatuh dari motosikal Kawasakinya ketika dalam kelajuan 250 kilometer sejam sebelum dirempuh penunggang senegaranyanya, lapor media Itali, Gazzetta dello Sport. Penunggang berusia 25 tahun itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke pusat perubatan di litar itu. Perlumbaan itu dihentikan oleh pihak penganjur.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 02:49:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015