MP Pakatan Haram Angkat Sumpah: Blackout505 Dibatalkan Serta - TopicsExpress



          

MP Pakatan Haram Angkat Sumpah: Blackout505 Dibatalkan Serta Merta?Seperti yang dijangka, Anwar akhirnya mengesahkan bahawa 89 orang Ahli Parlimen Pakatan Haram yang menang pada PRU ke-13 yang lalu akan hadir ke majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.Selain itu, dengan kehadiran Anwar di Dewan Rakyat pada majlis angkat sumpah berkenaan, dijangka Anwar juga akan dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang. Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini mengesahkan bahawa DAP memilih Anwar untuk jawatan tersebut.Dengan semangat demokrasi berparlimen, kami membuat keputusan untuk menghadiri hari pertama sidang Parlimen,” – Anwar Ibrahim, 19 Jun 2013.Dengan pengesahan dari “manusia lidah bercabang” itu juga, maka ia sekaligus menunjukkan bahawa tiada sebarang penipuan berlaku pada PRU ke-13 tempohari sebagaimana yang didakwa.Bukan apa, kalau benar Anwar dan konco-konconya yakin bahawa ada penipuan pada PRU ke-13 tempohari, maka mereka sudah tentu tidak akan menerima kemenangan di kerusi Parlimen masing-masing dan sama sekali tidak akan angkat sumpah di Dewan Rakyat. Saya cuma tertanya-tanya, saya tak tahu berapa inci tebalnya kulit Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah di depan DYMM Yang DiPertuan Agong di Parlimen nanti? Setahu saya, idea untuk memboikot majlis angkat sumpah itu dicetuskan oleh PKR ekoran tidak berpuas hati dengan kekalahan teruk mereka pada PRU yang lalu. Marah punya pasal, mereka tuduh PRU ke-13 dipenuhi dengan penipuan dan bercadang untuk memboikot majlis angkat sumpah itu. Difahamkan bahawa Tian Chua adalah individu yang melontarkan cadangan tersebut dan Anwar memberitahu media bahawa dia akan mempertimbangkan perkara berkenaan. Malangnya, cetusan idea “genius” PKR itu tidak dipersetujui dua lagi parti pembangkang, khususnya DAP. Rugilah kalau DAP tidak angkat sumpah kerana PRU ke-13 menyaksikan parti chauvinis itu menang besar berbanding PAS atau PKR! Merah padam juga muka Anwar dibuatnya… Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, DAP tidak perlu jadikan diri mereka sebagai Ketua Pakatan Haram. Mereka sudah ada “balaci” yang boleh dibonekakan di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. PAS pada DAP hanya layak jadi “pom-pom aji” sahaja…DAP menang 38 kerusi Parlimen. PKR pula 30 kerusi dan PAS hanya dapat ehsan sebanyak 21 kerusi Parlimen. Sanggup Anwar terima jawatan Ketua Pembangkang? Mungkin dia tidak faham bahawa lantikan itu hanyalah sindiran sinis dari DAP. Tak malu betul dia terima jawatan itu, kan? Pada saya, memandangkan semua Ahli Parlimen Pakatan Haram akan hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini, maka tak payahlah puak-puak ini mengadakan himpunan tidak berfaedah di Padang Merbok pada 22 Jun ini, kan? Bersetuju angkat sumpah membuktikan bahawa mereka mengiktiraf ketelusan PRU ke-13 dan kemenangan mereka sebagai Ahli Parlimen itu bukanlah satu penipuan. Jadi, untuk apa lagi diadakan himpunan “syaitan” itu? Bukan apa, himpunan Blackout505 itu memang menyusahkan rakyat di ibu negara. Setiap kali Pakatan Haram berhimpun, maka mereka akan menyebabkan kesesakan jalanraya, huru-hara dan kekecohan berlaku antara mereka dengan pihak berkuasa. Janganlah susahkan rakyat lagi. Rakyat sudah muak dengan perangai tak matang Pakatan Haram. Sudah-sudahlah zalimi hak rakyat. Saya yakin, rakyat sudah malas nak layan kerenah kebudak-budakan Anwar itu. Dah kalah tu kalahlah…
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 22:41:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015