MUSA MAHU SESB CARI PUNCA GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK SANDAKAN, - TopicsExpress



          

MUSA MAHU SESB CARI PUNCA GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK SANDAKAN, (19 Jan) — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mencari punca gangguan bekalan elektrik di seluruh negeri Jumaat lepas yang berlanjutan sehingga 10 jam di sesetengah kawasan. Beliau berkata pasukan khas SESB perlu menjalankan penyiasatan menyeluruh bagi mengenal pasti apa yang menyebabkan krisis itu terjadi. SESB juga perlu memberi taklimat kepada kabinet negeri mengenai jalan penyelesaian konkrit bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, kata Musa kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan, Ahad. “Saya berharap sesetengah pihak tidak membuat spekulasi punca insiden ini dan tidak gunanya (berbuat demikian) untuk kepentingan politik,” katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Menteri mahu pendekatan wasatiyyah atau sederhana dihayati dan diterjemah oleh setiap lapisan masyarakat khususnya umat Islam di negeri ini. Katanya, pendekatan itu mampu melahirkan masyarakat yang memiliki semangat cintakan negara, mengekalkan perpaduan berbilang kaum dan memupuk keharmonian beragama. Musa berkata kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap ajaran agama merupakan kunci utama kesejahteraan sejagat kerana ia mampu mengelak perselisihan dan perpecahan seterusnya (selain) berupaya membimbing manusia ke arah kebenaran, kedamaian dan kerukunan. “Justeru kerajaan melaksana pendekatan wasatiyyah bagi memperkasa dan mengangkat martabat umat (Islam) untuk membina tamadun dan memacu kemajuan, pembangunan serta peradaban yang mantap dan seimbang,” kataya. Musa berkata melalui pendekatan tersebut, ia berupaya memperkukuh perpaduan dan persefahaman dengan masyarakat bukan Islam. Selain itu, beliau mengajak umat Islam di negeri ini agar terus berpegang dan menghayati ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman hidup agar tidak terpesong dengan pelbagai cabaran termasuk ajaran sesat. –BERNAMA
Posted on: Mon, 20 Jan 2014 00:24:37 +0000

Trending Topics



"sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Friends of Daniela Marano and Gil Yaakov Hershkovitz: Dont be too
What if I don’t want to talk about the weather? What if,
1.) GOOGLE : Global Organization Of Oriented Group Language Of
Adab dalam Berdebat 1.Orang yang berdebat harus mengutamakan
Courtesy from Unplugem Published on Dec 19, 2014 From Beyond

Recently Viewed Topics




© 2015