Maafkan aku Palestin / Syiria..... Cuba bayangkan kalau - TopicsExpress



          

Maafkan aku Palestin / Syiria..... Cuba bayangkan kalau haiwan-haiwan boleh berkata-kata dengan bahasa yang kita faham...mungkin mereka lebih risau tentang keadaan umat manusia berbanding manusia sendiri?? Burung: Maafkan aku...kalau boleh aku ingin jadi seperti burung ababil yang memusnahkan tentera musuh bagaikan daun-daun yang dimakan ulat...tapi, bukan itu perintah Allah.. Semut: Maafkan aku...kalau boleh aku ingin menolong mu sebagai balasan Allah menyelamatkan aku daripada dipijak tentera Nabi Sulaiman...tapi, bukan itu perintah Allah.. Nyamuk: Maafkan aku...kalau boleh aku ingin musnahkan tentera musuh seperti mana keturunan ku telah musnahkan Firaun dan tenteranya...tapi, bukan itu perintah Allah.. Belalang: Maafkan aku...kalau boleh aku ingin musnahkan tanaman-tanaman tentera musuh seperti mana keturunan ku telah lakukan. Tapi, bukan itu perintah Allah.. Ikan : Maafkan aku...kalau boleh aku ingin selamatkan penduduk mu seperti mana ikan nun telah menelan Nabi Yunus...tapi, bukan itu perintah Allah.. Semua: Maafkan kami...kami ingin menolongmu, tapi bukan itu perintah Allah ke atas kami...Allah telah perintahkan ke atas manusia yang lebih mulia daripada kami...merekalah khalifah di muka bumi yang patut menyelamatkan umat mereka sendiri.. Tetapi di mana manusia? Manusia 1: Palestin? Syiria? Apa tu? Sejenis makanan eh? Manusia 2: Rilek la....hidup mesti enjoy! Manusia 3: Ish.. Ish.. Apa la nak jadi sekarang ni...kesian orang-orang kat sana tu.. kesian.. kesian.. Manusia 4: Ala.. Islam kan pasti menang...tunggu je la.. Manusia 5: Siapa la aku nak tolong pun...... Manusia 6: Ya Allah...selamatkan lah Palestin dan Syiria...aku akan terus berdoa.. Manusia 7: Mana umat islam dari seluruh dunia??? Manusia 8: Demonstrasi - hentikan keganasan di Palestin dan Syiria.. * Jika anda manusia itu...renung-renungkan, fikir-fikirkan, dan bertindaklah! saudara kita sedang berhadapan dengan maut memperjuangkan Islam, kita pula bermati-matian memperjuangkan hak individu, bangsa tertentu, dan kawasan setempat..sedangkan agama islam itu jauh lebih mulia untuk diperjuangkan...percayalah, sekiranya Islam diperjuangkan, maka secara tidak langsung hak-hak yang lain turut diperjuangkan dalam masa yang sama...
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 10:41:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015