Maafkan mereka, mereka tidak tahu Mereka tidak ramas buku, mereka - TopicsExpress



          

Maafkan mereka, mereka tidak tahu Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu Mereka tidak fasih malah fasik guna kata Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa Maafkan mereka, mereka tiada nilai Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati Kedengaran rancak lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Jamal Abdillah dan Malique di corong-corong radio tempatan. Lagu ini bukan lagu rindu tapi sebuah madah dendam katanya. ---------------------------------------------------------------------------------- Universiti pada era 60-an dan 70-an telah menyaksikan beberapa ideologi serta pegangan dicetuskan oleh mahasiswa yang masih berada pada tahap kuantiti yang sedikit ketika itu. Universiti-universiti terawal di Malaysia seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghasilkan mahasiswa yang radikal dari sudut perjuangan melalui gerakan-gerakan yang mereka terajui seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Nama-nama seperti Syed Hamid Ali dan Anwar Ibrahim telah mewarnai arena kebangkitan mahasiswa pada lingkungan dekad tersebut. Pelbagai usul cadangan, bantahan dan tidak kurang juga tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa ketika itu telah banyak mengubah corak pemerintahan negara sekaligus memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak terus dipergunakan malah bangkit mengkritik pemerintahan sekiranya ada cacat cela yang memberi kesan ke atas hak mereka yang tidak terbela. Sejarah yang telah terlakar ini sudah tentu berbeza sekali dengan realiti yang berlaku pada hari ini. wadahtarbiah.blogspot/2013/11/mahasiswa-gerakan-dan-keilmuan-i.html
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 17:57:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015