Mahasiswa UniMAP Raih Enam Pingat Emas Di Korea Seoul, Korea – - TopicsExpress



          

Mahasiswa UniMAP Raih Enam Pingat Emas Di Korea Seoul, Korea – Penyelidik muda Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui ENVEX Young Reseacher Club (EYReC) sekali lagi mengharumkan nama UniMAP dalam bidang penyelidikan bagi penyelidik muda apabila meraih enam pingat emas dalam pertandingan Student Green Growth Invention Contest kali ke-5 di sini semalam. Pada pertandingan yang berlangsung di Guro Digital Complex, Seoul itu, delegasi penyelidik muda UniMAP yang menghantar tujuh penyertaan keseluruhannya turut meraih satu pingat perak. Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam pertandingan yang dianjurkan untuk kali kelima itu, penilaian pemenang dibuat oleh juri-juri yang dilantik melalui dokumen dan poster penyelidikan yang dihantar oleh universiti dan agensi yang bertanding. “Sebenarnya, walaupun pertandingan ini telah dianjurkan sebanyak lima kali, namun ini merupakan kali pertama penyertaan di buka kepada agensi dan institusi pengajian tinggi dari negara-negara lain selain Korea yang mana sebanyak 600 penyertaan diterima dari negara Indonesia, Malaysia dan Filipina. “Malaysia sendiri menghantar 16 penyertaan keseluruhannya menerusi sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menjalinkan kerjasama dengan EYReC seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP) selain sekolah angkat UniMAP iaitu Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato Sheikh Ahmad dan Sekolah Kebangsaan(SK) Sena. “Lebih membanggakan apabila penyertaan pelajar tahun enam di SK Sena turut meraih pingat emas menerusi produknya BreadFriend,” ujar beliau. Menurut Dr. Kamarudin, selain ketiga-tiga institusi dan sekolah tersebut, turut mewakili Malaysia ialah peserta dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, SMS Tapah, Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah Agama Imtiaz Terengganu. “Daripada 16 penyertaan ini, penyelidik Malaysia berjaya membawa pulang 11 pingat emas dan lima pingat perak. Saya amat berharap pasukan penyelidik muda ini akan meneruskan kecemerlangan di masa akan datang, sekali gus membawa lebih banyak kejayaan kepada Malaysia amnya dan UniMAP khasnya,” katanya lagi. Beliau menambah, penyelidik muda UniMAP selepas ini akan menyertai beberapa pertandingan di peringkat dalam dan luar negara antaranya National Research Invention Competition (NRIC) yang akan diadakan pada Ogos ini di Universiti Malaysia Perlis, Expo Inovasi Islam (i-INOVA) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan International Invention Show (INOVA) di Croatia. Keputusan penuh Student Green Growth Invention Contest unimap.edu.my/index.php/my/berita/501-mahasiswa-unimap-raih-enam-pingat-emas-di-korea
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 08:09:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015