Mahukah Menjadi Penipu? Percakapan dusta..status Facebooknya - TopicsExpress



          

Mahukah Menjadi Penipu? Percakapan dusta..status Facebooknya palsu, janjinya tidak ditepati dan cerita yang dikongsinya tidak benar! Inilah golongan yang diisytiharkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai penipu, bersumberkan hadis.."Cukuplah seseorang dianggap sebagai penipu apabila dia menyampaikan semua perkara yang dia dengar" (Riwayat Muslim) Maklumat Itu Amanah Dalam Islam, penyampaian maklumat itu satu amanah..bahkan ia akan dicatat oleh para malaikat..malah setiap individu yang menyampaikannya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T di akhirat kelak..Catatan ini tidak terhad pada percakapan sahaja bahkan ia meliputi medium perkongsian maklumat terkini seperti SMS, Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya..orang mukmin sentiasa berwaspada dengan penulisannya kerana memahami bahawa semuanya di bawah penguasaan Allah.. "Aku Orang Pertama Tahu" Ada juga dalam kalangan umat Islam yang ingin menunjukkan bahawa dirinya orang paling awal mendapat suatu maklumat lalu terus dikongsinya maklumat itu tanpa meneliti kebenaran tersebut.. Akibatnya tersebarlah berita2 tidak benar seperti kematian orang ternama, isu2 politik, gosip2 artis, dan perkara2 panas yang cukup digemari masyarakat.. Ia menjadi satu budaya baharu yang membimbangkan dan boleh menyebabkan hilang kepercayaan sesama sendiri..budaya ini perlu dibanteras sebelum ia berakar umbi dalam masyarakat..bahkan Rasulullah S.A.W menegaskan ini dikira sebagai SUATU PENIPUAN.. Pastikan Sahih, Baru Sebar Berita/Maklumat → Cari Sumber → Benar → Sebarkan / Tidak Benar → Diamkan Allah mengajar suatu panduan penting dalam menerima dan menyampaikan sesuatu berita menerusi firman-Nya : " Wahai orang yang beriman, jika datang seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak mengenakan sesuatu kaum dengan kejahilan sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan " (Surah al-Hujurat 49: 6) Pastikan Sumbernya Apabila melibatkan penyampaian sesuatu maklumat atau disandarkan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W maka disiplinnya lebih tegas..setiap ungkapan yang ingin disandarkan kepada kedua-duanya wajib dipastikan ia benar2 daripada sumbernya.. Rasulullah S.A.W memberi amaran yang keras kepada golongan yang mereka-reka hadis lalu disandarkan kepada Baginda : " Sesiapa yang berdusta atas namaku, maka tempahlah tempatnya di dalam neraka" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Maka sebelum seseorang ingin berkongsi hadis di Facebook, Twitter, Whats Up dan sebagainya rujuklah dahulu kesahihan hadis tersebut sama ada dalam kitab2 muktabar ataupun guru2 yang mursyid.. Moga2 kita tidak tersenarai sebagai penipu atau penempah tiket ke neraka..niat yang baik perlu dilakukan dengan cara yang baik..cara yang baik hanyalah yang berpandukan ajaran Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 01:30:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015