Mai mai mai! Para penyokong MP-MP Pas jangan bimbang dgn GPM. Kami - TopicsExpress



          

Mai mai mai! Para penyokong MP-MP Pas jangan bimbang dgn GPM. Kami kasi adil dan saksama menjelang hari terakhir sidang bagi penggal pertama ini kami senaraikan soalan-soalan cepumas ahli-ahli parlimen anda semua. Kami petik dari themalaysiantimes.my :- *** PAS mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat pendedahan Nielsen Media Research bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan RM73 juta hanya untuk pengiklanan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Dalam laman portal pembangkang, Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan adakah SPRM sudah mulakan siasatan mereka ke atas pembelanjaan RM73 juta itu. Hanipa mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini seperti di bawah. Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah hasil siasatan oleh pihak Kementerian pada tahun 2009 tentang keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan dan siapakah pihak yang bertanggungjawab atas tragedi keruntuhan tersebut. Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Teknologi MARA di Kuala Lipis setelah ia dipindahkan ke Raub. Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan rancangan untuk mewujudkan 1Care, suatu skim caruman kesihatan. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan sikap rasmi Kerajaan dalam isu menangani konflik agama di negara ini. Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menyediakan peluang pemasaran dengan kos rendah bagi para petani. Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana Kementerian menjustifikasikan pemberian kelulusan lebuh raya-lebuh raya baru sebelum PRU-13 yang bakal dilaksanakan secara model pengswastaan (bertol) seperti Lebuh Raya Pantai Barat dan East Valley Expressway yang konsesinya memerlukan pinjaman sokongan Kerajaan (government soft loan) yang bernilai ratusan juta ringgit dengan kadar faedah yang rendah dari pinjaman komersial. Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan senarai syarikat pembekal dakwat kekal kepada SPR semasa Pilihan raya Umum Ke-13 lalu. Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan Pusat bercadang membenarkan kerajaan-kerajaan negeri melantik Penasihat Undang-Undang Negeri tersendiri bagi mengelakkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) terutama apabila berlakunya sesuatu tuntutan Mahkamah antara Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya. Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem biometrik di dalam pengesahan pendatang asing dan apakah tindakan pihak Kerajaan untuk mengawal peningkatan pendatang asing tanpa izin (PATI). Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan perancangan Kementerian untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan bagi nelayan di Getting, Tumpat. Dr.Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan adakah langkah-langkah yang telah diambil selama ini untuk mengatasi masalah miskin tegar di negara ini telah mencapai sasarannya, dan jika belum dicapai apakah tindakan susulan untuk mencapainya. Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam serta berapakah nilai kontraknya dan jumlah bilik darjahnya. Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan status semasa Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai mercu tanda komitmen Kerajaan terhadap pelaksanaan konsep Kerjasama Selatan-Selatan, peruntukan yang telah digunakan dan impak pelaksanaan program ini di negara-negara membangun yang terlibat. *** Kita tunggu jawapan dari para MP BN dalam sidang dewan akan datang. Tungguuuuuuu.......
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 19:45:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015