Majalah Niaga added a photo from 25 October 2013 to their - TopicsExpress



          

Majalah Niaga added a photo from 25 October 2013 to their timeline. ================================== Warga Asing & Perniagaan Mereka di Malaysia ================================== Di kawasan pejabat kami di Jalan Gombak, perniagaan milik warga Bangladesh semakin bertambah. Sekarang ini, sudah ada 2 restoran dan 3 kedai runcit milik warga Bangladesh. Itu tidak termasuk car wash yang rata-rata dimiliki mereka. Antara faktor kejayaan mereka ialah mempunyai daya tahan tinggi untuk hidup ala kadar pada peringkat awal membuka kedai. Mereka boleh hidup dengan menyewa bilik kecil dan menaiki basikal ke kedai. Mereka menangguh kepuasan untuk memiliki simbol-simbol mewah terlalu awal supaya simpanan mereka berkembang lebih cepat di dalam bank. Kami pernah singgah di kedai makan milik seorang warga Bangladesh. Beliau memiliki seorang isteri warga tempatan yang sekarang ini sedang menyambung pengajian di peringkat Master dalam bidang IT. Semasa berbual, isteri beliau asyik memuji suaminya. Katanya, suaminya bijak mengurus kewangan untuk masa depan mereka anak beranak. ========================================= Bukan Hanya Bisnes Runcit-Runcit, Mereka Juga Pembekal! ========================================= Siapa yang terlibat di dalam industri pakaian pasti tahu betapa hebatnya tauke warga Bangladesh dan Pakistan memonopoli industri ini. Kilang-kilang mereka di Klang, Cheras, Kepong, Segambut dan sebahagian di Setapak merupakan pembekal untuk majoriti kedai-kedai tudung di Jalan TAR. Selain itu, kilang-kilang milik mereka juga menjadi pembekal utama kepada butik-butik terkenal di pasaraya seperti ZARA, Reject Shop dan Factory Outlet Store (FOS). Malah kedai-kedai menjual gajet, laptop dan servis membaiki komputer di Kompleks Low Yatt juga sudah mula dikuasai mereka sedikit demi sedikit. Menurut maklumat dari salah seorang penceramah di salah satu program keusahawanan anjuran SME Corp, kaum pendatang ini menduduki tangga ke 3 simpanan paling banyak di bank selepas kaum Cina dan India. ==================================== Lihat Sudut Positif Sikap Mereka & Adaptasi Segera ==================================== Di dalam artikel kali ini, Tim Majalah Niaga mengulas dengan terperinci mengenai strategi perniagaan warga asing. Ada 5 konsep dan sikap warga asing yang usahawan dan peniaga tempatan boleh pelajari dan adaptasi ke dalam perniagaan masing-masing. 1. Premis perniagaan. 2. Bahan atau barang-barang jualan. 3. Pembekal. 4. Sikap terhadap perniagaan. 5. Kemahiran Hubungan Sosial atau Skil PR Baca penuh ulasan lanjut untuk setiap poin di atas dengan klik pautan di bawah. majalahniaga/adaptasi-konsep-dan-sikap-berniaga-warga-asing.html
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 15:28:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015