Majlis Sukan Negeri Sarawak beri imbuhan RM14,750 kepada Esmelda - TopicsExpress



          

Majlis Sukan Negeri Sarawak beri imbuhan RM14,750 kepada Esmelda Arecia 2013/07/09 KUCHING: Atlit gimnastik artistik Esmelda Arecia Menti Alfred Geling yang dinobat sebagai olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 Kuala Lumpur menerima insentif RM14,750 atas kecemerlangannya dalam temasya itu. Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata ini adalah janji yang dibuat kerajaan negeri tahun lalu untuk memberikan insentif kepada atlit yang meraih pingat dalam SUKMA. Kerajaan negeri mengumumkan insentif RM5,000 untuk pingat emas, RM7,000 untuk pingat emas kedua, RM750 (perak) dan RM500 (gangsa). Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Esmelda Arecia, 13, yang menyumbang dua pingat emas daripada acara melombol dan batang titian, tiga perak (dari acara berpasukan wanita, palang bertingkat) dan satu gangsa (dari acara individu wanita) kepada kontinjen Sarawak. "Kepada ibu bapa Esmelda, kita ucapkan terima kasih kerana telah bersama-sama menyokong perjuangan dan memberi galakan kepada anak kecil mereka sehingga beliau mencapai kegemilangan dan kepada jurulatih yang telah memberi satu komitmen yang amat tinggi serta memastikan Sarawak berada pada tahap yang amat membanggakan sehingga ke hari ini," katanya pada majlis kesyukuran dan penyampaian insentif kepada kontinjen SUKMA Sarawak, di sini, malam tadi. Beliau juga berkata, MSN Sarawak kini dalam proses untuk menyiapkan para pegawai dan atlit dengan latihan dan program pendedahan selain menyertai pertandingan di dalam dan luar negara sebagai persiapan menyertai SUKMA ke-17 yang akan diadakan di Perlis tahun depan. Sarawak memungut empat pingat emas, sembilan perak dan lima gangsa dengan menduduki tempat ke-11 daripada 14 negeri yang mengambil bahagian pada SUKMA ke-16 baru-baru ini. Selangor muncul juara keseluruhan buat kali ketujuh sejak temasya itu diperkenalkan pada 1986 dengan mengumpul 23 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa. - BERNAMA
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 08:17:07 +0000

Trending Topics



-height:30px;">
2014 was a yr of broken promises and empty dreams disappointment
Hello Voip Provider, Hope you are doing well. We are
StraightSportsTalk - Hawks cancel meeting with civil rights
The new Riverwalk opens May 22, and Ill have prize packs to give
Ma questo uomo si è difeso in 1° e 2° grado nei tribunali, ove
Australia has never not poisoned dingoes :( Dingoes are

Recently Viewed Topics




© 2015