Makanan Yang Dapat Mengurangkan Stress Anda mengalami tekanan - TopicsExpress



          

Makanan Yang Dapat Mengurangkan Stress Anda mengalami tekanan dari tempat kerja? Atau cuaca yang panas membuatkan anda berasa tertekan? Jangan risau tau, disini engku kongsikan beberapa yang boleh membebaskan anda daripada seperti senarai di bawah: Makanan Yang Dapat Mengurangkan Stress Oren Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi Salmon Ikan salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 menyimpan hormon tekanan daripada memuncak. Sesekali, boleh lah masak salmon grill dirumahkan.. Avokado Lemak tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk mengurang tekanan darah dalam badan. Potassium yang cukup dalam badan boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih potassium berbanding pisang? Puteri selalu minum jus avokado jika ke restoran indonesia, biasanya mereka sediakan avokado jus.. sedap! cubalah.. =) Sayur-sayuran hijau Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress. Amalkan makan sayur-sayuran kerana ia sihat untuk kulit dan sebagai fiber untuk badan kita. SELAMAT MENCUBA, TANGANI STRESS DENGAN SEBAIKNYA.. =)
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 23:47:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015