Malangnya, kegahan nama mahasiswa telah dikecilkan dan disempitkan - TopicsExpress



          

Malangnya, kegahan nama mahasiswa telah dikecilkan dan disempitkan ruang lingkupnya. Fikiran dan tenaga mereka hanya mampu berlegar setakat pintu pagar universiti, sedangkan kelebihan-kelebihan ini sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh masharakat melalui lapangan-lapangan yang melangkau jauh daripada ia hanya terkepong di sebalik pagar universiti. Mahasiswa juga seolah-olah telah dibentuk sikap mereka agar tidak ambil peduli tentang realiti yang berlaku di luar sana. Dunia dan pandangan mereka ditembokkan daripada melihat kehidupan realiti masyarakat yang sedang ‘sakit’. Mereka mungkin lupa bahawa suatu hari nanti mereka akan keluar daripada alam universiti dan akan menjadi pemimpin pelapis yang akan memandu hala tuju negara. Ketika itu barulah mereka sedar dan melihat keadaan realiti. Kata Pak Natsir, Pemimpin itu bukan lahir dari dewan kuliah, tetapi lahir daripada denyut nadi rakyat”. Proses menjadi pemimpin tidak berlaku sehari dua kerana ia proses sepanjang hidup. Ia juga tidak mungkin berlaku dalam keadaan mahasiswa yang mindanya terpenjara di bilik-bilk kuliah tanpa memahami dan merasai perit jerih dan derita. themalaysianinsider/rencana/article/mahasiswa-sibuk-lah-usamah-muein
Posted on: Wed, 27 Nov 2013 09:59:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015