Malaysia Perlukan FARA Bendung Kemasukan Dana Asing KUALA LUMPUR - TopicsExpress



          

Malaysia Perlukan FARA Bendung Kemasukan Dana Asing KUALA LUMPUR – Adakah Malaysia perlu mewujudkan suatu akta seumpama Akta Pendaftaran Ejen Asing (FARA) yang dilaksanakan di negara barat untuk memantau kemasukan dana asing ke Malaysia dengan lebih berkesan? Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berpendapat akta seumpama itu amat diperlukan bagi pihak berkuasa memantau penerimaan dan kemasukan dana asing khususnya untuk membiayai aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pada masa ini sama ada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau ROS tidak mempunyai kuasa menyiasat punca kewangan ini, pemantauan aktiviti membabitkan penyaluran dana asing yang boleh mengganggu keselamatan negara dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA 2001). Persoalannya tanpa akta seperti FARA apakah tindakan yang boleh diambil kerajaan sekiranya ada sebilangan NGO yang menerima dana asing, memanfaatkannya untuk aktiviti dan tujuan yang menjejaskan kepentingan negara. Tanpa bertujuan menyekat amalan demokrasi dan kesukarelawan tetapi lebih memelihara kepentingan nasional, Mohamed Mustafa berkata akta seperti FARA perlu dilaksanakan bagi membendung anasir-anasir subversif daripada memperalatkan sesebuah NGO dibiayai pihak asing yang bercanggah dengan kepentingan negara. “Rakyat perlu tahu mana satu NGO bebas yang dibiayai ahlinya sendiri dan mana yang mendapat tajaan asing…rakyat juga mahu tahu sama ada NGO berkenaan sebenarnya membawa agenda sendiri atau agenda asing. “Ia perlu dilaksanakan sekarang kerana kita tahu bukan mudah untuk mendapatkan dana asing daripada pihak luar kecuali kepada NGO yang mampu mencapai matlamat dan kepentingan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata FARA Amerika Syarikat perlu dicontohi Malaysia bagi memastikan dana asing kepada NGO tempatan dimanfaatkan bagi aktiviti yang selaras dengan matlamat penubuhannya tanpa berselindung untuk menjayakan cita-cita pihak-pihak tertentu. Menurut laman sesawang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, FARA digubal pada 1938. FARA adalah satu undang-undang yang menghendaki individu yang bertindak sebagai ejen asing dalam kapasiti politik atau kuasi-politik untuk membuat pendedahan berkala mengenai hubungan mereka dengan prinsipal asing, serta aktiviti, penerimaan dan pembiayaan yang menyokong aktiviti-aktiviti. Di Rusia pula, akta seumpamanya menghendaki mana-mana pertubuhan atau NGO yang mendapat dana asing berdaftar sebagai ejen asing dan menggunakan ‘lencana ejen asing” secara menonjol dalam setiap aktiviti dan bahan sebaran awam atau berdepan dengan denda dan selepas tiga kali amaran diberikan, pertubuhan atau NGO itu akan diarah ditutup. Adakah peraturan seumpama ini boleh disifatkan sebagai menyekat amalan demokrasi di negara ini atau sebaliknya hanya memastikan bahawa NGO yang menerima dana asing telus berhubung peri hal pembiayaannya? Mengulas persoalan itu, Mohamed Mustafa berkata NGO yang menerima dana asing harus berani mengakuinya dan bukannya membuat helah atau penafian untuk mengaburi mata rakyat di negara ini. “Saya fikir tidak ada masalah untuk dilaksanakan di negara ini. Hanya NGO yang mempunyai agenda bertentangan dengan kepentingan negara berasa tidak selesa dan tidak mahu agenda mereka terdedah. Ini untuk keselamatan negara dan bukannya untuk menyekat demokrasi,” katanya. Saranan sama pernah diutarakan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pada Oktober tahun lepas yang mahu kerajaan menggubal suatu undang-undang atau akta untuk mengawal kemasukan dana asing terutama melibatkan pemberian dana kepada NGO. Ibrahim berkata menerusi akta berkenaan, semua NGO perlu mengisytiharkan penerimaan dana terbabit kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada tahun lepas, peri hal sebuah NGO hak asasi yang condong kepada parti pembangkang mengakui menerima dana asing menjadi tajuk berita dalam akhbar tempatan tetapi setakat ini tiada dikenakan apa-apa tindakan sama ada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau ROS. Kedua-dua badan itu nampaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat punca kewangan NGO berkenaan. SSM, sebuah agensi yang bertanggungjawab mendaftar dan mengawal selia syarikat-syarikat dan entiti perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. ROS pula berfungsi untuk mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia; mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya terus mematuhi undang-undang dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya dan menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi memastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin. Md Ghani Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Salam Malaysia (SALAM) yang menerima dana asing bagi menjalankan aktivitinya berkata kewujudan akta seperti FARA itu dialu-alukan dan perlu dikuatkuasakan di negara ini. Pembiaya dana asing yang hendak masuk ke negara ini, menurut Md Ghani, lazimnya akan memilih NGO yang menepati matlamat mereka dan ia juga bergantung terhadap penilaian gerak kerja dan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan NGO berkenaan. “Seperti SALAM, setiap dana yang masuk akan kita senaraikan dan dedahkan kepada SSM. Ini untuk tujuan percukaian. Kita gunakan dana yang diberikan ini untuk membantu rakyat kita juga,” katanya. Md Ghani berkata kerajaan perlu membuat keputusan yang terbaik demi memastikan budaya berpersatuan khususnya kesukarelawan di kalangan generasi akan datang akan terus subur. “Kita tak mahu persepsi orang ramai terhadap NGO menjadi buruk,” katanya -Bernama
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 01:13:49 +0000

Trending Topics



eight:30px;">
To: Tom Vilsack, Secretary USDA Rep. Frank Lucas, Chair House Ag.

Recently Viewed Topics




© 2015