Malaysia : Tong Taik UMNO Fakta : Malaysia Mundur Daripada - TopicsExpress



          

Malaysia : Tong Taik UMNO Fakta : Malaysia Mundur Daripada Singapura Tuesday, April 9, 2013 Pilih Jalan Hutang Hari ini saya berpeluang menyoal ringkas beberapa soalan pada seorang ejen hartanah. Ejen ini datang untuk mengutuskan pada rakan saya mengenai kenaikan sewa kedainya. Ejen inilah yang mewakili empunya premis (lot kedai). Saya memberanikan diri untuk mencelah disebabkan rasa ingin tahu membuak-buak mengenai soal jual-beli dan sewa dalam sektor hartanah ini. Daripada apa yang saya dapati, dunia kita hari ini dipenuhi dengan orang yang berhutang. Saya tanyakan soalan yang berbunyi, "Jika saya ingin beli satu lot kedai di Singapura berapakah kosnya? Saya nak beli tunai. Boleh berikan secara purata, harga lot kedai begini?". Ejen itu jawab, "Anda perlu ada S$2.4 juta. Mana ada orang beli tunai. Orang akan ambil pinjaman bank. Mustahil nak beli cara tunai". Saya tanya lagi, "Kalau saya kerja di Eropah mungkin tak mustahil rasanya. Saya nak tahu apakah yang saya perlu bayar pada kerajaan Singapura. Apakah ada apa-apa bentuk cukai lepas saya beli satu lot kedai itu?" Ejen itu kata, "Ada. Cukai sebanyak 30%. Hanief: Tahunan kena bayarnya atau bagaimana? Ejen: Tidak, hanya 30% untuk sekali saja. Lepas itu nak disewakan atau tak nak, terpulang. Bil air dan elektrik boleh serahkan pada si penyewa jika disewakan. Hanief: Itu sahaja? Tak ada benda lain macam cukai bulanan? Ejen: Tiada apa-apa lagi. Bebas nak jalankan perniagaan. Hanief: Haha! Maknanya empunya premis ini sekarang tidak beli tunai? Dia berhutang dengan bank? Ejen: ... Hanief: Saya nampak sistem berhutang ini menguntungkan pihak bank. Ejen: Tak. Bank memang beri pinjaman. Hanief: Saya tahu. Bapa saya orang bank. Maksud saya, jika kita berhutang demi sebuah kedai, kadar sewaan boleh dimainkan oleh pihak bank melalui kadar bunga. Pemilik kedai, ejen hartanah, tukang sewa dan pelanggan kedai takkan menang macam bank menang. Disebabkan wang fiat ini sifatnya pro-inflasi, maka bank akan tetap menang. Ejen: ... Hanief: Berapakah jumlah orang yang beli bangunan atau pun lot kedai dengan pembelian cara tunai? Ejen: Tak ramai. Sangat sikit. Hanief: Boleh jumlahkan dalam peratusan? Ejen: 2% sahaja. Hanief: Hahahaha! Ejen: ... Hanief: Ini pendapat saya... Ejen: Kamu tak boleh paksa orang terima pendapat kamu. Hanief: Tak, saya nak kata satu saja. Kalau beginilah model ekonomi Singapura. Maka tak lama lagi semua akan merudum. Ejen: Tidak. Tak betul. Singapura takkan gawat. Singapura sangat kukuh ekonominya. Ramai orang Cyprus sekarang lari masuk Singapura bawa keluar duit dan simpan di Singapura. Sebab Singapura sangat baik ekonominya. Singapura tempat orang kaya dan masyhur. Hanief: Ya, saya setuju pelabur asing ramai masuk. Tapi kalau hutang merupakan jalan bagi majoriti penduduk, maka yang tewas paling awal ialah orang tempatan. Ejen: Sebab itu kalau nak mulakan perniagaan, kamu kena ada modal untuk 6 bulan pertama untuk kamu bertahan. Kalau setakat 3-4 bulan, lebih baik lupakan saja. Hanief: Saya tak nampak isu modal di sini. Saya nampak isu matawang. Matawang tinggi maka pemilik matawang itu mudah berbelanja. Nak buat apa pun mudah, termasuklah nak jadi pemodal atau peminta sedekah. Ejen: ... Ejen: Di Singapura, kita kena buat sesuatu. Kena ada kerja kalau nak teruskan hidup. Hanief: Sudah tentu. Tapi tak seteruk di Amerika. Saya bersembang dengan budak Mumbai di MOM, Tanjong Pagar tempoh hari. Katanya dulu dia kerja di Amerika. Kerja McDonalds setiap minggu bawa pulang USD$400.00. Cuti diwajibkan ambil sebanyak 2 hari seminggu. Maknanya kerja lima hari. Tak macam di sinikan? Semuanya nak terkejar-kejar. Entah apa yang dikejar. Ejen: Ya, kamu mesti tahu corak ekonomi sesebuah negara. Hanief: Saya tahu Singapura digelar Switzerland Asia. Tempat orang simpan duit. Tapi, pada saya duit ni macam kupon. Kupon ada tarikh luput. Sekarang semua orang suka berkuponkan dolar Singapura. Soalnya sampai bila? Ejen: Singapura akan tetap cemerlang ekonominya. Hanief: Sebab duit asing mengalir masuk? Hanief: Kenapa China dah tak main lagi USD? Kenapa mereka mula hasilkan matawang bersandarkan emas dan perak? Ejen: ... Hanief: Nampaknya kalau saya beli lot kedai secara tunai pun, saya akan dikotori dengan kegagalan pekedai yang lain. Mereka menanggung hutang dan sewa. Maka, mereka akan tutup atau pun gulung tikar. Kalau kedai itu sederet dengan kedai saya (yang saya beli tunai), maka lorong atau jalan sepanjang kedai saya itu akan diwarnai dengan kedai-kedai yang tutup. Suasana akan bertukar suram dan sunyi. Hanief: Saya nampak, orang yang berkedai dengan cara hutang dan bayar sewa ini, tiada idea dengan corak ekonomi setempat, yang mana akhirnya mereka akan rugi duit pada pemilik lot kedai. Tapi dengan pencerahan puan tadi, nampaknya pemilik lot kedai terpaksa hulurkan duit sewa itu pula pada bank. Kerana lot kedai dibeli dengan cara ansuran (pinjaman bank). Hanief: Nah! Kalau ekonomi suram, pelanggan berkurang, pekedai pun tak dapat peroleh keuntungan bagi pembayaran sewa. Apatah lagi kalau pemilik lot kedai nak naikkan kadar bayaran sewa? Apapun sebabnya, saya hanya ada satu jawapan untuk permasalahan yang meruncing ini. Jawapannya, hentikan konsep berhutang. Dunia ini harus dipenuhi dengan pembayar tunai dan dipenuhi dengan orang berharta yang sanggup membuka peluang pekerjaan untuk yang kurang berharta. Hanief: Kita tak perlukan pemilik premis yang berhutang dengan bank untuk sewakan bangunan pada bos yang berhutang juga dengan bank untuk beri gaji pada para pekerja yang juga berhutang dengan bank. Ini model ekonomi yang gagal. Pada saya, hutang tak boleh dibayar dengan hutang. Ini satu bentuk sistem perhambaan moden. Bank sepatutnya bawa budaya jual-beli dengan tunai yang disandarkan dengan emas dan perak. Ejen: ... Hanief: Kita bukan anti-bank atau anti-kerajaan. Tapi kita perlu lihat dan fikir masadepan rakyat secara keseluruhan. Bukan setakat nak lepas beban diri sendiri saja. Hanief: Kalau saya nak bawa kawan yang bermatawang Eropah masuk Singapura beli lot kedai di sini bolehkah? Ada apa-apa masalah? Ejen: Tak ada masalah. Nah! Kad saya. Kalau nak berurusan nanti boleh hubungi saya. Hanief: Saya dah banyak kali dengar dan perhatikan sendiri di mana, zaman sekarang ini ialah zaman orang merantau di negara bermatawang tinggi untuk bawa pulang sedikit wang tersebut untuk menjalankan perniagaan di negara yang kurang maju sedikit atau pun yang sedikit rendah matawangnya. OKlah, jumpa lagi. Sebelum itu, kamu warga Singapura? Ejen: Ya. Kamu juga? Hanief: Haha! Saya orang Malaysia. Tapi di sini hampir 85% orang Singapura fikir saya orang tempatan di sini. Ejen: OK. Pergi dulu. Jumpa lagi. Hanief: OK. Terima Kasih.
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 12:54:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015