Mampu Kah Kerjaan Negeri Sabah Jayakan Pelaksanaan Projek Luar - TopicsExpress



          

Mampu Kah Kerjaan Negeri Sabah Jayakan Pelaksanaan Projek Luar Bandar? Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan ADUN Usakan, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengesa agar Sistem pengagihan infrastruktur luar bandar bagi Sabah diperkemas oleh kerajaan persekutuan dengan menyalurkan dana persekutuan terus kepada kerajaan negeri demi untuk mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan projek, terutamanya empat komponen projek pembangunan luar bandar. Salleh berkata jika peruntukan yang besar itu boleh disalurkan terus kepada kerajaan negeri, ia akan membantu mematahkan tuduhan pembangkang bahawa kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan mencukupi bagi membangunkan kawasan luar bandar di negeri ini. “Ini perlu untuk menentang propaganda pembangkang yang mendesak peratusan royalti minyak yang lebih tinggi, sedangkan jumlah yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan lebih besar daripada royalti 20 peratus yang dicadangkan,” katanya. Salleh menegaskan di peringkat negeri, terdapat perancang di peringkat kementerian dan negeri untuk merancang serta melaksanakan projek pembangunan luar bandar di Sabah. Beliau berkata memperkemaskan penyaluran peruntukan dalam pembangunan luar bandar akan membolehkan kementerian persekutuan yang berkaitan memantau dan mengaudit projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Katanya peruntukan dana persekutuan yang bersistematik bagi projek pembangunan luar bandar di Sabah akan turut menghasilkan perancangan dan ketelusan yang lebih selaras di negeri ini. Analisa Ringkas Penulis Namun begitu, persoalan pastinya akan timbul dari beberapa pehak, termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Perseketuan (KKLW) ia itu sama ada Jentera Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (SDO) telah bersedia sepenuhnya untuk dipertanggungjawabkan mengurus perlaksanaan Dana kerajaan perseketuan sebanyak 2 billion setahun itu? Untuk itu, saya telah bertemu dan bertanya beberapa orang pegawai ( yang berpengalaman dan bertaraf professional) sama ada SDO dapat menyelaraskan perlaksanaan peruntukan yang banyak ini dengan jayanya di Negeri Sabah? Ada dikalangan mereka merasakan kaki-tangan SDO masih serba kekurangan dari pelbagai prospek termasuk kepakaran teknikal, kemudahan platform serta pengalaman dalam pentadbiran kewangan yang dijangka perlu. Kecuali Jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat saperti JKR, Jabatan Air, SESB dan sebagainya dibagi perasaan yang besar lagi telus dalam melaksanakan kerja-kerja perancangan, kos Anggaran, penyediaan kontrak dan penyeliaan terus projek maka usaha untuk menjayakan pengunaan Dana perseketuan tersebut mungkin susah untuk direalisasikan, kata mereka. Justeru, kira nya Kerajaan Negeri serius dalam isu ini, mereka perlu menyediakan kertas kerja yang comprehensive; berupa program serta tatacara pengambil-alihan tanggungjawab ini sepenuhnya. Diluar sana, banyak pegawai yang masih pakar( saperti mantan-mantan pengarah) yang dijangka boleh membantu Kerajaan Negeri dalam penyediaan kertas kerja yang dimaksudkan. Sepenuh nya....
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 10:16:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015