Manfaat daftar SSM Kuala Lumpur: Suruhanjaya Syarikat Malaysia - TopicsExpress



          

Manfaat daftar SSM Kuala Lumpur: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyarankan peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara supaya mendaftarkan perniagaan masing-masing kerana ia dapat memberi pelbagai manfaat kepada golongan terbabit. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Naim Daruwish berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan mereka mewakili sebahagian besar daripada syarikat yang didaftarkan di bawah kategori pemilikan tunggal dan perkongsian. Menurutnya, pendaftaran dengan SSM akan membolehkan golongan itu mewujudkan satu entiti undang-undang yang mana mereka boleh menjalankan urus niaga sah dengan pihak lain, sekali gus membolehkan tindakan diambil berdasarkan perjanjian yang dilakukan. “Ia dilihat memberi manfaat yang amat besar kepada diri sendiri dan pihak yang berurusan dengan mereka,” katanya. Pendaftaran ini juga melayakkan peniaga dan penjaja kecil dilindungi insurans secara automatik dan pada masa sama membolehkan mereka menikmati kemudahan ditawarkan kerajaan seperti pinjaman mikro kredit. --------------------------------------------------------------------------- Kepada Pelanggan yg dihormati, Perniagaan kami juga telah didaftarkan di SSM dibawah nama MAXIMUM WEALTH RESOURCES (JM0666950-K) 1. Raja Shamsul Pakar Emas 2. Noreen Pakar Emas Fizikal 3. Najmea Collection 4. KASTURI EMAS Dengan sukacitanya anda boleh berurus niaga dgn pihak kami tanpa was-was :) :) :)
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 15:11:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015