Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat - TopicsExpress



          

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa ALLAH menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang ALLAH memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Buktinya Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana ALLAH berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih tidak mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya Tuhan. Tapi dengan nikmat itulah ALLAH binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Die begitu sombong dengan ALLAH, akhirnya menemui ajal hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka ALLAH sayang. Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembayang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan ramadan sahaja, bahkan isnin, khamis dan puasa sunat yg lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahnyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banya, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai..Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasulullulah SAW naik ke langit bertemu ALLAH pun tak sombong. Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!. Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah ALLAH. Mengapa orang kafir kaya dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh ALLAH pada mereka bukanlah yang diredhainya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada ALLAH bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan Kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaanya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir. Firman ALLAH :"Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur ( ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui."( Al-Qalam:44)..ALLAH juga berfirman :"Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak." (Al-Anaam: 44) Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan ALLAH. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai ALLAH? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan menggunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha mengabdikan diri kepada ALLAH. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai ALLAH. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan ALLAH, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam 1001 Sirah Nabi Muhammad
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 10:35:23 +0000

Trending Topics



press.com/Workshop-Penyusunan-Usulan-Riset-Kualitatif-dalam-Ilmu-topic-450854341701819">Workshop Penyusunan Usulan Riset Kualitatif dalam Ilmu
APC wins Yobe bye-election Nangere (Yobe) – The Independent

Recently Viewed Topics




© 2015