Mari kite share pasal tempe ...budurean harap maklum - TopicsExpress



          

Mari kite share pasal tempe ...budurean harap maklum yer.. -Masz- Laman Utama | Nasional » Pakar buktikan khasiat tempe setanding susu Astro Awani | Kemas kini: Jun 15, 2013 email comments Pakar buktikan khasiat tempe setanding susu KUALA LUMPUR: Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan bahawa tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu. Menurut Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, Dr Suzana Shahar, penemuan tersebut diperolehi hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti punca jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki. Jelasnya walaupun umur lebih panjang, namun majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas di negara ini sering menghadapi masalah tulang reput. Ini menyebabkan mereka terpanggil bagi melakukan kajian mengenai perkara tersebut. Tegasnya hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram yang bersamaan empat keping memberi khasiat setanding segelas susu. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Fakulti Sains Kesihatan UKM pada Jumaat. Beliau turut menegaskan kajian seperti ini akan diteruskan dan ia mungkin mendapat kerjasama daripada universiti lain. Berita mula diterbitkan pada: Jun 15, 2013 09:30 (MYT) Read more at: astroawani/news/show/pakar-buktikan-khasiat-tempe-setanding-susu-16415?cp
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 12:20:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015