Masa tengah turun minyak beberapa hari lepas di tempat - TopicsExpress



          

Masa tengah turun minyak beberapa hari lepas di tempat kerja....tiba2 ada "lorry driver" yang agak Islamik tanya pada saya... "Kamu umur berapa? dah kahwin?" Saya kata "Belum...saya pun tak tahu macam mana pengakhiran zaman bujang saya nanti" Lepas tu dia bagi ceramah skit...ada "3 point" utama yang saya akan ingat sampai bila2... Dia pesan.... 1) Bila kamu selesai sahaja ijab kabul, syaitan akan mula membuka mata kamu melihat orang perempuan di sekeliling kamu lebih cantik dari isteri kamu, sebelum ijab kabul kamu selalunya hanya akan nampak bakal isteri kamu seorang je yang paling cantik! 2) Banyak orang yang dah kahwin cakap, kalau la diorang tahu nikmat berkahwin ni, dah lama diorang akan berkahwin lebih awal dari tarikh perkahwinan mereka yg sebenarnya. 3) Bagus ada rasa malu dengan pasangan sebelum berkahwin, sebab malu tu tanda orang beriman...masa berkahwin tu la nak bercinta-cinta... phew~
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 16:08:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015