Masalah ketidaksuburan dan kegagalan untuk hamil dan memperolehi - TopicsExpress



          

Masalah ketidaksuburan dan kegagalan untuk hamil dan memperolehi zuriat boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya: Wanita A) kitaran period yang tidak teratur B) lebihan berat badan C) masalah keputihan yang kronik D) mengalami masalah dalaman seperti endometriosis dan PCOS E) lendir serviks yang tidak berkualiti F) tidak mengamalkan pemakanan seimbang Lelaki A) kandungan sperma yang rendah B) kualiti sperma yang kurang baik C) merokok D) lebihan berat badan E) tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang Sebagai ikhtiar bagi meningkatkan peluang untuk hamil, anda boleh mencuba beberapa cadangan supplement yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan anda. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Institut Pemakanan, vitamin boleh membantu kesuburan bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Vitamin juga boleh membantu untuk mengurangkan risiko beberapa kecacatan kelahiran. Anda adalah disyorkan untuk mula mengambil vitamin sehingga lima bulan sebelum hamil. Nutrien yang betul akan membantu badan berfungsi pada tahap yang terbaik.
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 03:49:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015