Masjid Sheikh Zayed - Abu Dhabi adalah salah satu tempat yang - TopicsExpress



          

Masjid Sheikh Zayed - Abu Dhabi adalah salah satu tempat yang paling indah di bumi ini selain dari Masjidil Haram Makkah dan Masjid An Nabawi di Madinah. Ianya merupakan satu legasi penting Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan (semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya) pengasas Emiriyah Arab Bersatu. Ianya adalah salah satu contoh paling menarik di dunia seni bina Islam moden. Pembinaannya mengambil masa 11 tahun (dari 1996 hingga 2007) untuk disiapkan. Keindahan dan keagungan struktur Masjid ini akan membuat anda terpegun dan menarik nafas anda disaat pertama kali anda melihat kelibatnya..... Subhanallah. Jika anda berpeluang atau hanya mempunyai masa untuk melihat atau melawat hanya satu sahaja tempat menarik ketika melawat Dubai atau Abu Dhabi, lakukanlah lawatan ke Masjid Sheikh Zayed, anda pasti tidak akan menyesal. Wallahu a’lam.
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 21:26:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015