Masyarakat Islam hari ini sibuk dengan kempen memboikot. Bila - TopicsExpress



          

Masyarakat Islam hari ini sibuk dengan kempen memboikot. Bila Israel serang Palestin sibuk nak boikot produk-produk Israel dengan tanpa sedar sistem pinjaman wang juga adalah produk yahudi zionis. Sama ada produk conventional atau islamik semuanya adalah produk yahudi zionis yang berasaskan RIBA. Aik!!!....Pinjaman Islamik pun produk yahudi jugak ke?RIBA jugak ke? Contoh dibawah adalah bacaan mudah dan pemahaman terbaik cara perbankan Islam kenakan RIBA melalui pintu belakang. Katalah salah seorang dari saudara saya, Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik didalam hati saya,“ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba’ haram jadinya, baik aku ubah sikit”. Saya: “Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat. Mat: “Syarat macamana pulak tu?. Saya: “Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik”. Mat: “Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli”. Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah di atas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba’ 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700. Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda di tempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri? sanggup menangguk di air keruh, masih mahu menyedut 20 ringgit “darah” Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain? Jika kita rujuk kes kedua untuk membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel “bank Islam” tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah. Yang membezakan adalah di zaman sekarang ini membeli rumah bukan kerana terdesak, akan tetapi lebih kepada mentaliti “beli lebih baik dari menyewa“, untuk memastikan ada harta iaitu rumah dengan nama sendiri (sedangkan S&P bank simpan) dan dicanang pulak dengan iklan-iklan menawan hati oleh pemaju serta dialunkan pula dengan lagu merdu pujukan dari pihak bank, maka membeli rumah itu adalah lebih kepada desakan nafsu dan bukan desakan hidup.
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 18:39:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015