Mau lekat lagi dia ni aku rasa something not right... Keserasian - TopicsExpress



          

Mau lekat lagi dia ni aku rasa something not right... Keserasian tiga Naib Presiden UMNO sudah terbukti - Hishammuddin JERTIH: Keserasian tiga Naib Presiden UMNO sudah terbukti dalam memastikan Umno dapat kekal bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Katanya kalau ada tuduhan mengatakan wujud pakatan antara beliau dan dua lagi naib presiden iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan itu, ia perlu dilihat dari segi keserasian. "Kita bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Bertemu Pelanggan di sini hari ini. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan berkata pengalamannya bersama-sama dua naib presiden sedia ada cukup banyak dan mereka sentiasa bekerjasama. Semalam Ahmad Zahid menafikan dakwaan wujud desakan terhadap perwakilan untuk mengekalkan tiga naib presiden sedia ada, pada pemilihan parti 19 Oktober ini. Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie dicabar tiga individu iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad. Hishammuddin berkata pindaan perlembagaan parti pada 2009 berpaksikan prinsip demokrasi dan transformasi parti sekali gus memastikan kepimpinan parti ditentukan 146,500 perwakilan pada pemilihan kali ini. - BERNAMA
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 12:34:34 +0000

Trending Topics



ve converged into one widening
Rebbie Dress -- $70 -- S, M, L, XL Brimming with excitement and
Plum Organics Second Blends, Green Bean, Pear and Greek Yogurt,
>
777images Flags and Maps - South America - Chilean flag in the map

Recently Viewed Topics




© 2015