Media Sosial Facebook Jejas Budaya Negara? Mohamed Nazri berkata - TopicsExpress



          

Media Sosial Facebook Jejas Budaya Negara? Mohamed Nazri berkata bahawa melalui media sosial baru, generai muda terutamanya bersuara dengan lantang tanpa sedar mengguris hati dan perasaan pelbagai pihak hingga mengundang kemarahan rakyat. Menurut Nazri, hari ini sikap anak-anak muda menguruskan facebook sebenarnya telah banyak jejaskan budaya negara ini. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan semangat budi bahasa, terjejas dengan wujudnya facebook, kata nya. Nazri menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut yang disifatkan sebagai mencemar budaya Malaysia. Dalam kontek ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyokong tindakan tidakan tegas pihak berkuasa terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan keharmornian dan kebudayaan Negara, kata Nazri.
Posted on: Thu, 06 Jun 2013 14:21:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015