Memang hari ini sbgmana yg saya jangkakan. Sangat sibuk. Suasana - TopicsExpress



          

Memang hari ini sbgmana yg saya jangkakan. Sangat sibuk. Suasana yg tidak pernah saya alami semasa di Malaysia, Perth ataupun Gaza. Suasana perang yg selalu kita lihat dalam rancangan filem2 Amerika. Cuma yg ini betul2 berlaku di depan mata kita sendiri. Sebuah kerajaan yg zalim yg membunuh rakyat nya sendiri. Ada yg datang putus kaki. Ada yg hancur tangan atau pecah sebahagian muka atau yg datang sebagai mayat. sukar untuk saya gambarkan. Satu keluarga 13 org dgn anak2 kecil mati dibom. Atau tentera2 jihad yg kesakitan namun mulutnya tidak henti dgn kalimah tayyibah. Semuanya seperti dalam gambaran filem. Saya melakukan pembedahan juga seperti kilang layaknya. Habis sahaja sambung saluran darah di kaki, terus ke dewan bedah sebelah untuk sambung saluran darah di tangan. Selepas itu terus ke dewan bedah satu lagi untuk buang sebelah paru2 disebabkan perdarahan. Disusuli dengan pembedahan2 yg lain. Lengkap satu sistem saluran darah di seluruh tubuh manusia. Cuma pesakit2 yg berbeza. Dalam suasana perang sebegini, semuanya dilakukan dgn pantas. Masing2 staf sudah tahu apa yg perlu dilakukan. Tidak sampai lima minit pesakit sudah berada di dewan bedah. Tak perlu tunggu keputusan darah. Tak perlu tunggu ambil kebenaran utk buat pembedahan. Tak perlu tulis apa2 kat file rekod pesakit. Semua tak perlu. Yg penting pesakit dihantar ke dewan bedah dgn kadar yg paling cepat. Sekiranya semua ok, pesakit akan dihantar pulang esok atau lusanya. Bila keadaan tenang sedikit, kami duduk di A&E membantu apa yg patut. Kedengaran jet2 pejuang tentera basyar berlegar2 di ruang angkasa. Bedilan2 roket dari bumi ke udara banyak kelihatan. Ramailah yg keluar dari bangunan hospital untuk meninjau-ninjau bagi mendapat gambaran lebih jelas. Saya sendiri x berani berbuat demikian. Cukup sekadar berdiri di pintu sudah memadai bg saya. Dari webpage al jazeera, saya mendapat maklumat bahawa sebahagian daripada lapangan terbang tentera di aleppo telah berjaya di ambil alih oleh tentera basyar. Para pejuang telah berjaya menawan l/terbang ini hampir setahun yg lalu. Satu pertempuran yg sengit sedang berlaku dengan kemalangan jiwa di kedua 2 belah pihak. Keadaan semakin meruncing dan tidak selamat. Setelah habis pembedahan terakhir saya ke atas seorang pejuang yg pecah saluran darah ke otaknya, saya pun bersalaman dgn semua staf hospital utk mengucapkan selamat tinggal kerana saya dan dr ridzo akan berangkat ke Azas utk meninjau kem pelarian di sempadan syria-turki. Sebelum kami berangkat pulang, Abu Husam berkata Abu Ammar we learnt a lot from you and we need a vascular surgeon here dalam slang inggeris arab nya. Saya yg dikenali sbg abu ammar kerana anak pertama saya bernama Ammar Akmal menjawab Im not like all of you. You have given your life for the fight that you believe in and insyaallah only Allah can pay the rewards and insyaallah I will come again. Tanpa mengetahui bila saya akan datang kembali dan tanpa mengetahui apa yg akan terjadi di Aleppo, kepada Allah sahaja kita berserah. Hasbiallahu wa nimal wakil... Dr. Mazri Yahya
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 05:42:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015